Rihanna Kini Seorang Ibu! Selamat Lahirkan Seorang Bayi Lelaki – Manis Madu
Rihanna Kini Seorang Ibu! Selamat Lahirkan Seorang Bayi Lelaki

Rihanna Kini Seorang Ibu! Selamat Lahirkan Seorang Bayi Lelaki

Rihanna sudah bergelar ibu! Penyanyi popular itu dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei lalu.

 

Memetik sumber dari laman sesawang Billboard, pasangan kepada penyanyi rap terkenal, A$AP Rocky itu kini berada di kediaman mereka di Los Angeles.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by badgalriri (@badgalriri)

Pasangan berkenaan mengumumkan kehamilan Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty pada Januari lepas.

 

Penyanyi kelahiran Barbados itu telah memenangi sembilan anugerah Grammy selain menjadi pengasas produk solekan jenama Fenty.

 

Rihanna dan A$AP Rocky, 33, menjalin hubungan serius selepas bertahun-tahun mengenali diri masing-masing.

 

Dalam satu temubual sebelum ini, Rihanna pernah berkongsi mengenai kehamilannya yang tidak dirancang dan datang umpama satu kejutan. 

 

“Rancang? Saya rasa ia bukanlah dirancang,” katanya. 

 

Ketika trimester terakhir kehamilannya, Rihanna juga diuji apabila muncul khabar angin yang mengatakan bahawa A$ap berlaku curang dan berhubungan dengan pereka fesyen, Amina Muad.

 

Namun begitu, penyanyi rap itu memberitau GQ Magazine pada Mei 2021 bahawa dia “sangat serius” mahu menjadi seorang bapa.

Post a Comment