Rindu, Si Abang Cium Baju Arwah Adik Undang Sebak Netizen – Manis Madu
Si Abang Cium Baju Arwah Adik Undang Sebak Netizen

Rindu, Si Abang Cium Baju Arwah Adik Undang Sebak Netizen

Detik yang paling menyedihkan adalah apabila kita kehilangan ahli keluarga atau orang yang paling disayangi buat selama-lamanya. 

 

Kisah seorang anak lelaki cilik yang mencium baju arwah adiknya di laman sosial TikTok baru-baru ini telah mengundang sebak kepada netizen.

 

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibunya sendiri memperlihatkan kanak-kanak lelaki itu berada di rak baju arwah adiknya dan mencium semua pakaian dan barangan arwah.

@atikah8984Anak kecil takkan pernah tipu tentang perasaan..anak kecil akan luahkan dgn jujur..mumy abang nak adik yusuf nak peluk adik abg rindu💔♬ bunyi asal – Nurul atikah

Menurut ibunya, sebelum itu si abang ada meminta izin darinya untuk mencium baju adik dan meluahkan perasaan sedih dan rindunya terhadap adik.

 

“Mummy abang nak adik yusuf nak peluk adik”

 

Arwah adik Yusuf difahamkan meninggal dunia akibat masalah salur pernafasan dan menghembuskan nafas terakhir ketika usianya 5 bulan.

 

Menerusi video itu juga, ketika ditanya berkaitan adik baharu,  si abang juga menjawab dia tidak mahu mempunyai adik baharu kerana bimbang akan terjadi sesuatu yang tidak diinginkan dan bimbang ibu akan ikut jejak arwah adiknya.

 

Disebabkan perasaan rindu yang mendalam, setiap kali berjumpa dengan bayi, si abang pasti akan meminta izin ibunya untuk memegang dan mencium bayi berkenaan. 

 

Meninjau di laman komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dan sampai ada yang mengalirkan air mata ketika menonton video berkenaan.

rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih adik Yusuf 01

“Saya pun ada baby tak sanggupnya nak bayangkan berada ditempat sis. Sumpah saya takkan redho. Saya tak kuat, mungkin saya jadi gila. Allahu jauhkan la” – @aleenonlineshop

rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih adik Yusuf 02

“Kasih sayang seorang abang boleh nampak di raut wajahnya penuh kerinduan kat adik” – @wawa_nizamrsmn

Post a Comment