Risau Dengan Maskne, Ganti Pelitup Muka Setiap 4 Jam Elak Maskne? – Manis Madu
Masalah Maskne, Perlu Tukar Pelitup Muka Setiap 4 Jam

Risau Dengan Maskne, Ganti Pelitup Muka Setiap 4 Jam Elak Maskne?

Kebelakangan ini selalu sangat dengar orang sebut pasal maskne. Apa maskne itu sebenarnya?

 

Mask acne atau sekarang ini orang lebih gemar panggil sebagai maskne adalah apabila tumbuh jerawat di muka Maduners akibat pemakaian pelitup muka.

 

Punca terjadinya maskne adalah disebabkan geseran antara kulit dan pelitup muka yang dipakai sehingga menyebabkan berlakunya micro-tears atau luka kecil di kulit wajah dan banyak juga sebab lain contohnya pemakaian mekap terlalu tebal dan juga rutin kecantikan yang tak consistent!

mask_skin_care_lead

Sumber Gambar: zerrin.com

Oleh sebab itu, bakteria dan kotoran mudah masuk dan menyebabkan pori-pori tersumbat. Ditambah pula tahap kelembapan di kawasan yang tertutup dengan pelitup muka yanga mana  kulit menghasilkan minyak berlebihan. Makin menjadi-jadi lah jerawat tumbuh di muka!

#1 Gunakan mask yang berkualiti

colour-masks

Pemilihan pelitup muka untuk dipakai di muka merupakan elemen yang penting untuk mengawal masalah maskne. Maduners disarankan untuk guna pelitup muka yang diperbuat daripada kapas.

 

Bahan tersebut akan membuat kulit korang boleh bernafas dan geseran yang berlaku pada kulit tidak kasar dan menyebabkan luka.

#2 Jangan Mengenakan Solekan Tebal

Jangan Mengenakan Solekan Tebal

Maduners jangan pakai makeup yang terlalu tebal di muka. Penggunaan makeup yang tebal seperti foundation akan meningkatkan penghasilan minyak di wajah dan menjadikan pori-pori korang tersumbat. Hah, bila pori dah tersumbat itulah menjadi penyebab jerawat naik!

#3 Lakukan Double Cleansing

woman-with-white-facial-soap-on-face

Hari-hari kalau boleh memang jangan skip rutin kecantikan, tapi Maduners juga boleh lakukan extra routine iaitu kaedah double cleansing untuk cegah maskne. Double cleansing adalah kaedah mencuci muka pada dua tahap berbeza menggunakan produk pencuci wajah yang berbeza.

#4 Jangan pakai mask terlalu lama

a woman working from her home during the coronavirus outbreak

Pemakaian pelitup muka dalam tempoh yang terlalu lama cenderung menggalakkan pertumbuhan maskne di kulit Maduners. Seeloknya, korang perlu ganti mask yang dipakai setiap 4 jam sekali untuk memastikan kotoran yang menempel di wajah dapat dikurangkan dan menjadikan kulit lebih sihat.

 

Walaupun punca maskne terjadi adalah disebabkan pemakaian mask, tapi Maduners masih perlu pakai mask kalau nak keluar rumah. Naiklah jerawat pun, janji diri dan keluarga bebas dari bahaya!

 

~Stay safe Maduners!~

Post a Comment