RM410, 000? Harga Macam Beli Rumah, Ini Dia Saree Termahal Di Dunia! – Manis Madu
Saree Termahal Di Dunia

RM410, 000? Harga Macam Beli Rumah, Ini Dia Saree Termahal Di Dunia!

Maduners pernah tahu tak bagaimana rupa dan berapa harga sebuah saree yang paling mahal di dunia? Kalau dah mahal, mestilah kualiti tip top!

 

Pada tahun 2012, Chennai Sutera telah hasilkan kain saree paling mahal di dunia bernilai 40 lakhs atau kira-kira RM410, 000! Paing penting Saree ini telah diiktiraf oleh The Guinness Books of World Record sebagai saree termahal di dunia.

saree

Sumber Gambar: www.sharegoodstuffs.com

Saree ini telah ditenun dengan 12 jenis batu permata dan logam berharga untuk menggambarkan 11 lukisan terkenal Raja Ravi Verma dan untuk menghasilkan tenunan ini, hanya individu yang berbakat dalam bidang tenunan sahaja diberi kepercayaan untuk melakukan tenunan ini.

 

Bayangkan betapa rumitnya dan teliti masa nak buat tenunan untuk saree ini, sesuai dengan harganya, kualiti pun mesti kena tinggi!

Most Expensive Saree in the World
Most Expensive Saree in the World inugeration

Sumber Gambar: www.sharegoodstuffs.com

Berat keseluruhan saree ini adalah sebanyak 8kg dan tempoh masa yang di ambil untuk menyiapkan saree ini adalah selama 7 bulan oleh 30 orang tukang yang mahir.

 

Kalau nak tahu sebenarnya ada lagi satu Saree yang harga memang sangat tinggi yang juga dihasilkan oleh Chennai Silks dan saree tersebut pernah dipakai oleh Nita Ambani, isteri kepada salah seorang individu terkaya di dunia!

Nita-Ambhani-Expensive-Saree

Sumber Gambar: www.fashionlady.in

Fuhh, memang betul-betul eksklusif, tapi bila dengar tentang kualiti dan betapa telitinya nak hasilkan Saree ini, memang berbaloilah dengan harga tersebut!

Post a Comment