Rugi Kalau Tak Belajar Resipi Ayam Paprik! Rasa Sebiji Macam Di Restoran Thai – Manis Madu
Rugi Kalau Tak Belajar Resipi Ayam Paprik! Rasa Sebiji Macam Di Restoran Thai

Rugi Kalau Tak Belajar Resipi Ayam Paprik! Rasa Sebiji Macam Di Restoran Thai

Sajian paprik ayam sering menjadi menu utama yang akan dipesan kalau kita makan di kedai ala Thailand atau kedai masakan pantai timur. Makan pula bersama tomyam campur, telur dadar, kailan ikan masin dan ayam goreng kunyit. Memang tak pandang benda lain dah!

streets-of-food-3THfTPXwAG8-unsplash (1)

Masakan ini juga merupakan antara masakan paling mudah disediakan dan sangat sesuai untuk Maduners yang baru nak belajar masak.

Bahan-bahan:

  • Dada ayam (mengikut saiz hidangan)
  • Halia
  • Serai
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun limau purut
  • Pes cili
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Sayur-sayuran seperti kacang panjang, jagung muda, bunga kubis dan lobak merah
159171301_1024790548047274_4268205650395017679_n (1)

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai and daun limau purut sehingga naik bau.
  2. Masukkan pes cili dan tumis sehingga cili betul-betul masak.
  3. Kemudian masukkan dada ayam.
  4. Seterusnya, masukkan semua campuran sos, kicap serta air. Air korang masukkan ikut tahap kepekatan yang korang nak tau.
  5. Bila dah sebati, masukkan pula sayur-sayuran. Kacau rata hingga sebati dan siap untuk dihidang! 

 

Seriously, resipi ayam paprik ini sangatlah mudah. Tak perlu proses yang rumit atau bahan yang terlalu banyak dan yang paling penting sedap! Maduners kena cuba tau.

Sumber Gambar: akubukanustazah

Post a Comment