Rugi Kalau Tak Cuba! 6 Taman Tema Wajib Dikunjungi Sekali Seumur Hidup! – Manis Madu
Rugi Kalau Tak Cuba! 6 Taman Tema Wajib Dikunjungi Sekali Seumur Hidup!

Rugi Kalau Tak Cuba! 6 Taman Tema Wajib Dikunjungi Sekali Seumur Hidup!

Bercakap tentang tempat yang boleh dituju untuk meluangkan masa bersama keluarga, taman tema antara pilihan terbaik! Jom kita tengok taman tema yang wajib dikunjungi walaupun sekali seumur hidup. Memang menarik!

1. Sunway Lagoon

Siapa tak pernah dengar Sunway Lagoon tipu sangat! Taman Tema Sunway Lagoon adalah salah satu taman tema dan air utama di Malaysia. Banyak hiburan dan permainan menarik terdapat di sana seperti pantai buatan manusia, kolam surfing, water rides, Taman Hiburan, Taman Ekstrem, Taman Hidupan Liar dan banyak lagi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JaNe hSu (@capturewithjane)

Tarikan paling utama sekali adalah Vuvuzela yang dilancarkan dari menara setinggi bangunan 11 tingkat dan ‘menjatuhkan’ korang melalui pergolakan air dengan pusingan dan giliran.

2. Legoland Malaysia

Masa mula-mula wujud dulu, berebut orang nak masuk Legoland! Untuk pengetahuan Maduners, taman tema Lego ini dibuka pada tahun 2012 di Nusajaya, Johor dan merupakan taman tema lego pertama di Asia! manusia, kolam surfing, water rides, Taman Hiburan, Taman Ekstrem, Taman Hidupan Liar dan banyak lagi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💀Bvvvvvv (@bvvvvvv98)

Menjelang tahun 2014, Legoland Malaysia makin berkembang dan memperkenalkan taman air Legoland buat para pengunjung. Korang boleh jumpa pelbagai watak Star Wars yang diperbuat daripada bata lego!

3. Taman Tema Genting Highlands

Ini lagi satu taman tema yang jaranglah orang tak kenal! Taman Tema Genting Highlands merupakan taman tema tertua dan terbesar serta paling popular di Malaysia.

Di penghujung tahun 2016, taman tema ini melakukan ubahsuai terbesar bersama Twentieth Century Fox World yang merupakan taman tema berinspirasikan filem seperti Ice Age, A Night at the Museum, The Life of Pi, Alien vs Predator dan Planet of the Apes.

4. Taman Tema Berjaya Time Square

Menurut Malaysia Book of Records, Berjaya Times Square merupakan Taman Tema Indoor terbesar di Malaysia dengan keluasan melebihi 1331,000 kaki persegi. Memang besar tempat ini dan pelbagai permainan ada!

Buat Maduners yang selalu datang ke sini, pasti korang tahu taman tema ini dibahagikan kepada tiga tingkat utama yang memaparkan Kebun Fantasi dan Stesyen Galaksi. Antara tarikan di situ adalah Supersonic Odyssey dan DNA Mixer.

5. Lost World of Tambun

Taman tema yang terletak di Bandar Sunway, Ipoh ini terkenal kerana memiliki taman tema, taman tema air dan spa kolam air panas. Antara benda best di sini adalah taman tema air, taman hiburan, zoo, taman harimau, lembah timah dan taman pengembaraan.

Lost World of Tambun dikenali dengan sungai pengembaraan buatan manusia terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 600 meter!

6. Taman Tema Bangi Wonderland

bangi wonderland (1)

Dibina di atas tanah berkeluasan 12 ekar di tengah-tengah Bangi Avenue, taman tema ini menjadi faktor penarik yang gah buat pengunjung! 

 

Terdapat 16 jenis permainan yang Maduners boleh cuba kalau berkunjung ke taman tema ini seperti Meander River, the Pirate-themed, Kid’s Adventure, Insane Racer, Anaconda Trail dan lain-lain. Memang tak rugi bawa satu keluarga buat aktiviti di sini!

 

Haa lepas ini Maduners dah boleh siap buat list untuk ‘hunting’ taman tema. Sekurang-kurangnya pergi sekali seumur hidup kan!

Sumber: Media Tular

Post a Comment