Rumah Pameran SSFHOME+ Pertama di Malaysia Kini Di MyTown Shopping Centre! – Manis Madu
Rumah Pameran SSFHOME+ Pertama di Malaysia Kini Di MyTown Shopping Centre

Rumah Pameran SSFHOME+ Pertama di Malaysia Kini Di MyTown Shopping Centre!

Berpegang kepada asas ‘Family First’ yang bermaksud kebahagiaan dan keselesaan, sesebuah keluarga amat bergantung kepada pilihan idea dekorasi yang menarik apabila sama-sama menghabiskan waktu bersama yang tersayang di rumah.

Welcome-to-SSFHOME+-MyTOWN-Grand-Opening-Ceremony-768

Dalam memastikan hasrat itu tercapai, pembukaan SSFHOME+ di MyTown Shopping Centre baru-baru ini merupakan antara usaha dalam memberikan pengalaman yang lebih holistik kepada pelanggan setia SSFHOME sebelum ini dalam mencari barang kelengkapan rumah.

_DSC0359-768

SSFHOME+ menjanjikan kepuasan berbeza kepada seisi keluarga dengan bilik pamerannya seluas 60,000 kaki persegi, terdiri dari 21 konsep rumah, 4 konsep rumah sebenar dan 14 jabatan berbeza yang menawarkan pelbagai jenis barangan seperti perabot, peralatan dapur, bilik mandi dan banyak lagi.

_DSC0878-768

Dengan idea reka bantuk rumah yang lebih dinamik dan mengikut peredaran zaman, SSF Group Visual Merchandise Team telah menjadi tulang belakang kepada kesemua reka bentuk yang dipamerkan.

Ribbon-Cutting-ceremony-together-with-MyTOWN-mall-management-and-SSFHOME-team-768

Perasmian pembukaan SSFHOME+ itu telah dihadiri oleh pengasas Encik Wong Choong Loong atau King Wong (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SSF) bersama isteri dan ahli keluarganya, Cik Pauline Chin, Encik Albert Wong Choong Lian, Cik Sally Tan.

SSFHOME+-MyTOWN-Grand-Opening-Promotion-768

Sempena pembukaan SSFHOME+ pertama di Malaysia itu, sebuah tawaran hebat telah dilancarkan iaitu promosi masa terhad yang luar biasa 50% + 10% dari 17 hingga 25 April 2021.

 

Kepada mereka yang tidak sempat untuk mengunjungi SSFHOME+ di MyTown, anda boleh melayari laman web khas SSF iaitu ssfhome.com

 

Jadi apa lagi? Jangan ketinggalan!

Post a Comment