Rumah Tangga Tengah Goyah, Cara Apa Sebenarnya Nak Selamatkan Perkahwinan – Manis Madu
Rumahtangga-Tengah-Goyah,-Cara-Apa-Sebenarnya-Nak-Selamatkan-Perkahwinan

Rumah Tangga Tengah Goyah, Cara Apa Sebenarnya Nak Selamatkan Perkahwinan

Kalau tak seimbang atau tak ada kesefahaman mesti akan berlaku salah faham, cemburu dan banyak lagi masalah.

 

Punca utama masalah ini sebenarnya berasal dari masalah yang kecil tapi dibesar-besarkan.

Puncanya? Tak boleh berbincang dari awal dan kurang kesefahaman.

 

Jadi hari ini Fazlan nak bincangkan macam mana cara untuk seimbangkan kehidupan sebagai suami dan isteri dan saling memahami.

#1 Adil

Adil-Cincin

Keadilan dalam hubungan suami isteri ini maksudnya jangan sesekali anggap yang pendapat anda saja yang betul, sebab kita tak tahu entah-entah pendapat pasangan kita itu lagi bernas dan membawa kepada jalan penyelesaian.

 

Masalah tak mahu dengan pendapat orang ini berpunca dari sifat ego yang menggunung lepas itu membawa ke masalah ketidakadilan.

 

Bila tak adil mulalah pasangan tak puas hati lepas bermasam muka.

#2 Bertolak Ansur

suami-isteri-bertolak-ansur

Contoh yang terbaik Fazlan nak bagi contohnya kalau hari ini si suami tersibuk sehingga tak sempat nak ambil anak di sekolah maka si isteri ringan-ringankan tulang untuk bantu suami ambil anak di sekolah.

 

Satu lagi contoh ialah giliran balik kampung raya, kalau kampung masing-masing jauh boleh rancang awal-awal supaya tak ada raya nanti si suami atau si isteri masam mukanya sebab dah dua tahun berturut-turut raya di rumah ibu mertua.

 

Tak seronok raya macam itu, jadi bincang awal-awal dan saling bertolak ansur!

#3 Cuba Tarik Hari Pasangan

cuba-tarik-hati-pasangan

Tarik hati pasangan ini bukan je dari segi pemakaian tapi juga layanan, mengambil berat dan lagi satu selalu-selalu bermanja dengan si dia.

Post a Comment