Runsing Dengan Bulu Tumbuh Di Badan? 3 Pilihan Terbaik Untuk Singkirkan Bulu! – Manis Madu
3 Pilihan Terbaik Untuk Singkirkan Bulu

Runsing Dengan Bulu Tumbuh Di Badan? 3 Pilihan Terbaik Untuk Singkirkan Bulu!

Mesti ada di antara Maduners yang rasa rimas dengan masalah bulu yang tumbuh terlalu cepat atau terlalu lebatkan? Memang tak dapat dinafikan kadang-kadang dia agak mengganggu keselesaan kita apatah lagi penampilan kita.

 

Jadi hari ini Miera nak kongsikan kepada Maduners semua cara yang boleh korang gunakan untuk membersihkan bulu di bahagian tertentu, tak kisahlah bulu di bahagian kaki, muka, tangan atau dekat mana-mana sekali pun!

 

Tapi sebelum itu Maduners kena tahu kaedah membuang bulu ada beberapa cara. Antaranya mencukur, wax atau laser. Korang boleh pilih cara mana yang korang mahupun.

#1 Mencukur

mencukur

Mencukur adalah kaedah yang paling basic, sangat mudah, murah dan tak sakit. Cara macam ini Maduners boleh buat sendiri dekat rumah.

 

Walaupun tak sakit tapi kena hati-hati, kalau tersalah cukur nanti boleh menyebabkan luka pada kulit. Miera sarankan supaya Maduners letak dulu minyak, sabun, vaseline atau apa sahaja yang tak buat kulit kering semasa mencukur.

#2 Waxing

waxing

Kaedah Waxing ini pula tidak terlalu sakit sangat, tapi apa yang bagusnya kalau Maduners guna kaedah Wax ini dia akan mencabut bulu di bahagian tertentu sampai ke akar. Jadi cara ini akan mengambil masa yang lama sedikit untuk bulu tumbuh semula.

 

Kesan bagi kaedah kedua ini agak berbeza sikit dengan kaedah pertama tadi. Sebabnya, kalau guna cara mencukur tadi, bulu yang dibuang itu hanya pada permukaan kulit. Sebab itu bulu cepat tumbuh!

#3 Laser

laser

Kaedah lain yang Maduners boleh gunakan juga untuk buang bulu yang tumbuh di bahagian badan adalah dengan cara laser.

 

Cara ini akan mematikan sel pertumbuhan akar bulu dengan menggunakan teknologi laser. Laser adalah cara paling berkesan untuk Maduners yang nak buang bulu secara kekal tanpa membuat kulit bertukar hitam.

 

Tapi untuk kaedah agak mahal dan Maduners perlu berunding dahulu dengan pakar. Jangan pandai-pandai buat sendiri. Bahaya!

 

Jadi macam mana dengan perkongsian yang ini?  Maduners boleh pilih mana-mana cara yang Maduners nak mengikut keperluan dan bajet masing-masing.

Post a Comment