Rupa Lebih Kurang Sama, Bapa Tertukar Axion Dengan Planta Undang Tawa Warganet – Manis Madu
Rupa Lebih Kurang Sama, Bapa Tertukar Axion Dengan Planta Undang Tawa Warganet

Rupa Lebih Kurang Sama, Bapa Tertukar Axion Dengan Planta Undang Tawa Warganet

Sabun basuh pinggan merupakan antara komponen wajib yang perlu ada di dapur. Kalau tiada sabun basuh pinggan, bertimbun pinggan kotor dalam sinki kan?

 

Terdapat pelbagai sabun basuh pinggan yang boleh didapati di pasaran. Pilih jerr mana yang sesuai dengan cita rasa korang, asalkan bersih.

 

Baru-baru ini berlaku satu kejadian lucu dan telah tular di laman TikTok tentang seorang ayah yang tertukar sabun basuh pinggan dengan Planta!

@afifiechanTak jadi lah buat nasi briyani 🤣♬ original sound – Afifie Chan

Berdasarkan video berkenaan, seorang pemuda dikenali sebagai Afifie bertindak merakam situasi melucukan di dapur rumahnya.

 

Menariknya dalam video berkenaan dia memberitahu bahawa ayahnya telah tertukar sabun pencuci pinggan jenama Axion dengan Planta kerana rupa bentuknya lebih kurang sama.

 

“Habislah, tak jadi nak masak nasi biryani disebabkan Planta dah jadi sabun basuh pinggan,” ujarnya.

 

Video itu meraih perhatian warganet dan rata-rata terhibur dengan gelagat ayah lelaki berkenaan. Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 32.9k tanda suka serta 555 komen.

Post a Comment