Rupanya Chocolate Lover Ada Personaliti Berbeza-Beza! Kalau Minat ChocoJar Macam Mana Pula? – Manis Madu
Rupanya Chocolate Lover Ada Personaliti Berbeza-Beza! Kalau Minat ChocoJar Macam Mana Pula_

Rupanya Chocolate Lover Ada Personaliti Berbeza-Beza! Kalau Minat ChocoJar Macam Mana Pula?

Bagi penggemar coklat, tahu tak bahawa coklat yang korang gemari sedikit sebanyak mempengaruhi personaliti atau sifat peribadi korang? 

 

Jom tengok personaliti berdasarkan coklat yang anda suka!

Milk Chocolate [Coklat Susu]

tamas-pap-6IDGTjq_Pic-unsplash (1)

Coklat susu merupakan coklat paling digemari kebanyakan orang. Rasa manis dan pahitnya yang seimbang membuatkan ramai orang memilih coklat susu berbanding pilihan coklat lain.

 

Buat korang yang meminati variasi coklat susu, korang cenderung memiliki personaliti periang dan sukakan cabaran. Korang juga sejenis suka menjadi pusat perhatian, berani, dan bijak. 

 

Bukan itu jerr, korang juga mempunyai sisi peribadi yang romantik dan sangat komited. Jika korang berada dalam hubungan, hubungan itu akan bertahan lama kerana korang seorang yang setia.

Dark Chocolate [Coklat Gelap]

sigmund-4ewSZirtA7U-unsplash (1)

Bukan chocolate lover kalau tak minat coklat gelap atau dark chocolate!

 

Untuk pengetahuan korang, rasa coklat gelap yang pahit menggambarkan personaliti seseorang yang mempunyai pendirian yang tetap, teratur dan bertanggungjawab. Orang yang sukakan coklat gelap ini juga sentiasa bertenaga dan membuat keputusan dengan tegas.

 

Bagi peminat coklat gelap, korang mempunyai kelas yang tersendiri, lebih tenang dan hubungan dengan orang lain juga kuat dan erat!

White Chocolate [Coklat Putih]

emy-Rx3QSrG1coc-unsplash (1)

Berbeza pula dengan individu yang meminati coklat putih, korang memiliki personaliti yang lebih lembut dan bersifat artistik. Mereka yang menggemari coklat putih juga digambarkan sebagai seseorang yang mempunyai kreativiti yang tinggi, agak sensitif dan sentiasa mempertimbangkan perasaan orang lain.

Tak kisahlah milk chocolate, dark chocolate atau white chocolate, masing-masing ada kesukaan tersendiri tapi yang penting boleh gelar disendiri sebagai chocolate lover dan minat makan makanan bercoklat! Ahaaa, bercakap tentang coklat, Madu ada satu snack terbaik untuk korang cuba!

 

Bersempena Chocolate Festival Donut, Big Apple Donut & Coffee ada melancarkan produk baru iaitu Chocojar Donuts dan Chocolate Donuts dengan dua perisa baru yang pastinya akan menepati citarasa penggemar coklat!

Choco Festival Series 1 Donuts with graphics-02- 1300 x 800-01 (1)

Selalunya kita dengar snack seperti choco jar di pasaran tetapi kali ini Big Apple menampilkan kelainan dengan mengeluarkan Siri Donut Premium berinspirasikan Malaysia Choco Jar. Confirm lain daripada lain!

 

Chocojar Donuts merupakan donut yang berintikan chocojar di dalamnya. Ada dua perisa inti chocojar yang korang boleh dapatkan iaitu Dark Chocojar dan White Chocojar.

Dark Chocojar -02- 1200 x 630 (1)
White Chocojar 1200 x 630 (1)

Korang bayangkan makan donut yang teksturnya gebu, lembut tetapi ada sensasi rangup, crunchy dan cair di mulut dalam masa yang sama ketika makan Chocojar Donuts! Omooo, tengok gambar jerr dah buat air liur meleleh!

Chocojar donuts 1200 x 630 (1)

Bukan sahaja donut berintikan chocojar, Big Apple juga mengeluarkan Chocolate Donuts dengan dua perisa baru iaitu Choco Dolly & Choco Holly. Chocolate glaze yang berkilat menyaluti donut ini nampak sangat menyelerakan!

Choco Dolly & Choco Holly 1200 x 630 (1)

Produk  ini juga patut menjadi pilihan korang kerana ia merupakan produk on-the-go dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana dan korang boleh makan pada bila-bila masa korang nak. Bila teringin, terus ngap jerr!

 

Bukan itu sahaja, selain boleh dinikmati untuk diri sendiri korang juga boleh jadikan produk premium ini untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. Mesti maduners suka!

 

Chocolate lover jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk ini kerana hanya boleh didapati dalam masa terhad (limited edition)! Rugi kalau tak borong banyak-banyak.

 

Korang boleh cuci mata dengan menu-menu lain juga: https://www.bigappledonuts.com/menu_donuts.html

 

Atau boleh layari laman sesawang dan media sosial Big Apple:

Post a Comment