Rupanya Senang Cara Buat Biskut Gingerbread! Dah Boleh Buat Sendiri Lepas Ini – Manis Madu
Rupanya Senang Cara Buat Biskut Gingerbread

Rupanya Senang Cara Buat Biskut Gingerbread! Dah Boleh Buat Sendiri Lepas Ini

Gingerbread Cookies adalah salah satu hidangan yang popular ketika Krismas. Bila dah nak dekat Krismas, merata-rata orang jual. Yang buat Madu geram, sebab dia comel-comel jerrr semua!

Maduners pernah tak cuba buat Gingerbread Cookies ini? Madu tak pernah, tapi dengar kata mudah. Jom kita tengok cara-cara! Mudah ke idok?

 

Okay sebelum kita pergi ke cara-cara, Madu tunjuk dulu bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Gingerbread Cookies ini.

BAHAN-BAHAN

  • 90gram buttercup (suhu bilik)
  • ¾ cawan gula perang
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 ½ sudu kecil serbuk penaik (baking soda)
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar serbuk halia
  • 2 sudu besar rempah kuih (rempah kuih yang digunakan untuk buat kek lapis)
  • ½ golden syrup

CARA-CARA

  1. Pertama sekali, Maduners perlu ayak tepung, baking soda, rempah kuih, serbuk halia dan garam.
  2. Kemudian, Maduners pukul mentega dan gula perang hingga sebati dan berkrim.
  3. Seterusnya, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
  4. Lepas semuanya dah sebati, Maduners masukkan golden syrup dan tepung. Gaul rata hingga adunan bersatu dan tak lembik.
  5. Bila adunan dah bersatu dan tak lembik, korang bungkus dengan plastik cling wrap dan masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Keluarkan daripada peti sejuk, Maduners dah boleh canai adunan dan terap ikut bentuk acuan yang korang suka. Boleh buat bentuk yang biasa dibuat atau bentuk lain seperti bintang, bentuk aiskrim atau nak buat bentuk kuih raya pun boleh!
  7. Bila dah dapat bentuk, letak atas dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 10-15 minit. Tapi agak-agakya, kalau dalam tempoh 10-15 minit nampak warna Gingerbread korang gelap semacam, adjust ikut kesesuaian okay?

GULA ICING (Untuk Dekorasi)

Okay, this is the best part! Madu paling suka part ini yang akan tentukan rupa Gingerbread Cookies korang. Silap deco, buruklah jadinya tapi worry not, asalkan rasa sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan gula icing
  • 2 sudu kecil susu segar
  • 2-3 sudu kecil light corn syrup (tidak berwarna seperti air gula tapi pekat)
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna makanan (terpulang pada Maduners nak warna apa)

CARA-CARA

  1. Mula-mula, Maduners perlu campurkan gula icing bersama susu segar. Pukul hingga sebati.
  2. Seterusnya, masukkan light corn syrup dan esen vanilla. Gaul rata. Jika Maduners rasa terlalu pekat, tambah sedikit lagi light corn syrup hingga korang dapatkan icing yang sesuai. Jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat okay?
  3. Kemudian, bahagi icing kepada beberapa bahagian bergantung pada warna yang Maduners nak gunakan.
  4. Akhir sekali, masukkan icing yang telah dicampur dengan warna ke dalam piping bag Paling penting, pastikan biskut sejuk terlebih dahulu sebelum hias ya!

Haa, macam mana, senang tak nak buat Gingerbread Cookies ini? Selamat mencuba Maduners!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment