Rutin Penjagaan Kulit Dengan PINK by Pure Beauty – Manis Madu
Rutin Penjagaan Kulit

Rutin Penjagaan Kulit Dengan PINK by Pure Beauty

Langkah-langkah terperinci untuk melihat keberkesanan Bye Bye Pores Range pada kulit Maduners semua!

Kulit kusam? Pori tersumbat? Bye Bye Pores by PINK adalah jawapannya! Bye Bye Pores Range kaya dengan bahan-bahan efektif yang mampu membuatkan kulit tampil lebih sempurna hari demi hari.

Pink Bye Bye Pore Group

Bahan-bahan Efektif

Set lengkap ini dah boleh menjamin kulit sempurna untuk Maduners semua kerana ia mengandungi 5 bahan yang sangat efektif untuk kulit seperti berikut:

 

  1. Pink Flower Complex – Mencerahkan kulit
  2. Pink Clay – Mengetatkan pori
  3. Jeju Volcanic Ash – Mengecilkan pori
  4. Jeju Thermal Spring Water – Menghidrasi kulit
  5. Activated Carbon – Mengawal minyak pada permukaan kulit

Kalau Maduners nak tahu, produk Bye Bye Pores terbukti lebih berkesan dengan bahan tambahan terbaru dengan adanya activated carbon.

Cara Penggunaan?

Langkah Pertama: Mencuci muka dengan Bye Bye Cleansing Foam.

Pink Bye Bye Pore Cleansing foam 125ml Box

Campurkan sebilangan kecil pembersih dan air sampai menjadi tekstur foamy. Urut lembut wajah anda dengan gerakan bulatan. Seterusnya, bilas hingga bersih dan keringkan.

Langkah Kedua: Menyapukan Bye Bye Pores Toner pada permukaan kulit

Pink Bye Bye Pore TONER Box

Setelah muka dibersihkan, tuangkan toner pada kapas muka. Tepuk perlahan-lahan kulit dengan kapas tersebut sehingga diserap sepenuhnya.

Langkah Ketiga: Exfoliate dengan Bye Bye Pores Peeling Pad 

Pink by Pure beauty Peeling Pad 70p_top_768

Urut perlahan-lahan seluruh wajah dengan peeling pad, dan elakkan bahagian mata dan bibir. Bilas wajah dengan bersih selepas digunakan.

Langkah Keempat: Menyerapkan Bye Bye Pores Essence

Pink Bye Bye Pore Essence 30ml

Setelah menggunakan toner, sapukan essence secara rata di wajah sehingga diserap sepenuhnya.

Langkah Kelima: Memakai Bye Bye Pores Clay Mask

Pink Bye Bye Pore Clay Mask 100ml

Sapukan lapisan nipis ke permukaan wajah, mengelakkan bahagian mata dan juga bibir. Biarkan kering selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air suam.

Langkah Keenam: Melembapkan muka menggunakan Bye Bye Pores Drying Lotion

Pink Bye Bye Pore Drying Lotion18g

Peringatan: Jangan goncang botol Drying Lotion tersebut. Setelah selesai melakukan langkah pertama hingga kelima pada rutin penjagaan kulit waktu malam, celupkan tunas kapas ke dalam sedimen merah jambu yang terdapat di bahagian bawah botol, kemudian titiskan pada kulit. Biarkan sehingga kering dan bilas pada waktu pagi.

 

Rupanya senang je cara nak pakai produk ini! Jadi tunggu apa lagi? Produk PINK by Pure Beauty ini boleh didapati menerusi online, dan juga di cawangan Watsons di seluruh Malaysia.

Post a Comment