Saffron Bukan Sahaja Boleh Guna Dalam Masakan, Rupanya Bagus Untuk Kulit Juga! – Manis Madu
Suka juga layan Ah Leong jawab soalan dari followers dia. Kelakar! #ManisMaduMY #SembangBersamaMadu #AhLeong #Amoi #IniBukanPen https://manismadu.com.my/ini-bukan-pen-ini-tuhan-saya-gadis-berbangsa-cina-jawab-fungsi-barang-digantung-pada-kolar-baju/

Saffron Bukan Sahaja Boleh Guna Dalam Masakan, Rupanya Bagus Untuk Kulit Juga!

Saffron merupakan antara rempah ratus yang paling mahal dalam dunia. Untuk pengetahuan Maduners, harga Saffron boleh mencecah $10, 000 per kilogram!

mohammad-amiri-u4LNaQWgD7g-unsplash (1)

Antara sebab kenapa Saffron ini sangat mahal, untuk mencukupkan 1 kilogram, korang perlukan kira-kira 70,000 bunga Saffron yang halus itu dan perlu dipetik secara manual tau! Haa, sebab itu Saffron sangat mahal harganya.

Nak tahu manfaat Saffron pada kulit? Teruskan baca!

1. Meningkatkan Perlindungan Sinaran UV

benyamin-bohlouli-HuzCqE21trM-unsplash (1)

Saffron adalah sumber antioksidan yang hebat yang mana ia akan membantu meneutralkan radikal bebas yang dipancarkan oleh matahari!

 

Radikal bebas ini salah satu punca kulit banyak masalah tau jadi menggunakan Saffron akan membantu meminimumkan kesan tersebut!

2. Anti-radang

Saffron memang power untuk membantu menenangkan dan soothe kan kulit. Ia mempunyai ciri-ciri anti-radang yang akan membantu meredakan simptom-simptom gejala seperti kemerahan/gatal.

 

Patutlah orang suka campurkan rerambut merah ini dalam air dan letak jerr dekat tempat yang inflamed.

3. Percepatkan Proses Penyembuhan Luka

diana-polekhina-rKJoUsqmSs4-unsplash (1)

Kerana sifat anti-radangnya, Saffron juga berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Tepek jerr Saffron atau mana-mana produk berasaskan Saffron dan luka akan pulih dalam beberapa hari! Jangkitan kuman pun tak ada.

4. Merawat Hiperpigmentasi

Saffron juga dikatakan mempunyai keberkesanan untuk mencerahkan kulit dan memudarkan hiperpigmentasi. Kalau kulit muka Maduners tak sesuai untuk pakai Vitamin C, Saffron dikatakan alternatif terbaik dalam proses rawatan hyperpigmentation.

 

Madu ingat Saffron ini untuk masakan jerr rupanya bagus untuk kulit juga! .

Sumber: Twitter

Post a Comment