Sajat Panas Hati Masih Terima Kecaman Meskipun Sudah Keluar Malaysia – Manis Madu
Sajat Panas Hati Masih Terima Kecaman Meskipun Sudah Keluar Malaysia

Sajat Panas Hati Masih Terima Kecaman Meskipun Sudah Keluar Malaysia

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat ‘panas’ apabila dikecam orang ramai berhubung hantaran terbaru di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)

Menerusi perkongsian itu, Sajat berkata, dia berasa hairan kenapa orang ramai masih mahu mengecam dia memakai bikini sambil menegaskan dia sudah tidak menetap di Malaysia lagi.

 

“Korang kan memang tak boleh tengok orang senang kan? Kan dah kata, Australia adalah free country. Kenapa korang masih lagi nak kecam-kecam hah? Macam seolah-olah aku duduk kat Malaysia.

 

“Boleh tak korang jangan menyibuk,” katanya.

Menurut Sajat, dia juga enggan dikaitkan dengan agama dan meminta semua pihak menghormati sebagai ‘human being’.

 

Dalam pada itu, Sajat turut menjelaskan, dia kini gembira berada di Australia kerana negara itu bebas termasuk berpakaian seksi.

 

Pada 18 Oktober lalu, Sajat berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

 

Sebelum itu, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

 

Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8, 343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Post a Comment