Sakit Gigi Ganggu Rutin Harian! 5 Bahan Di Dapur Korang Boleh Bantu Redakan Sakit Gigi – Manis Madu

Sakit Gigi Ganggu Rutin Harian! 5 Bahan Di Dapur Korang Boleh Bantu Redakan Sakit Gigi

Sakit gigi merupakan satu perkara yang sangat tidak menyenangkan bila berlaku ke atas diri kita. Kadang-kadang, boleh meraung kesakitan sebab sakit yang teramat.

 

Bila sakit gigi menyerang, perkara pertama yang terlintas mestilah berjumpa doktor tapi ramai je yang masih takut jumpa dentist.

Takut nak jumpa doktor gigi satu hal, kalau yang sakit gigi tengah pagi-pagi buta macam mana pula? Klinik pun belum buka, nak tidur pun tak boleh sebab sakit.

 

Sebab itu Madu nak kongsi beberapa cara dan barang Maduners boleh jumpa dekat dapur untuk bantu redakan sakit gigi! Tapi kalau boleh esok pagi terus pergi jumpa doktor gigi!

#1 Air Garam

Air Garam

Air garam merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif untuk redakan rasa sakit gigi. Caranya, Maduners larutkan garam dalam air suam kemudian kumur beberapa kali hingga rasa sakit itu berkurang. Mesti berkesan!

#2 Bunga Cengkih

clove-Bunga-Cengkih

Bunga cengkih ini bukan jerr boleh jadi rempah dalam masakan semata-mata tapi boleh juga Maduners guna untuk kurangkan rasa sakit gigi. Korang cuma perlu gigit bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih, letakkan dalam gigi yang berlubang dan tutup dengan kapas.

#3 Bawang Putih

Untuk nak gunakan bawang putih ni, Maduners cuma perlu hiris bawang putih tersebut dan letakkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama sekurang-kurangnya satu jam.

#4 Habbatussauda

Habbatussauda

Sumber Gambar: health.detik.com

Maduners boleh ambil serbuk atau minyak habbatussauda dan letakkan pada gigi yang berlubang atau sakit. Sebenarnya banyak manfaat minyak habbatussauda ini, tapi kali ini Madu tunjuk kebaikannya untuk redakan sakit gigi Maduners!

#5 Ais Batu

Tuamkan ais yang telah dibungkus dalam kain atau plastik di atas pipi bahagian gigi yang sakit. Cara ini bertindak seolah olah ubat kebas yang mampu meredakan rasa sakit buat sementara waktu. Maduners jangan tuam ais direct di pipi, nanti sakit gigi dah hilang, pipi pula merah menyala.

 

Bila klinik dah buka, boleh terus ke klinik untuk pastikan tiada apa-apa masalah pada gigi Maduners, jangan bila dah reda sakit gigit, terus tak pergi ke klinik pula.

 

Maduners yang tengah sakit gigi itu bertabahlah. Cuba guna cara yang Madu kongsi ini untuk  bantu redakan sikit rasa sakit gigi. Tapi nasihat terbaik adalah dengan berjumpa doktot gigi!

Post a Comment