Salah Faham Tentang Tugas Pada Hari Pertama Berkerja, Pengawal Keselamatan ‘Dibuli’ Ibu Bapa Pelajar! – Manis Madu
Salah Faham Tentang Tugas Pada Hari Pertama Berkerja, Pengawal Keselamatan ‘Dibuli’ Ibu Bapa Pelajar!

Salah Faham Tentang Tugas Pada Hari Pertama Berkerja, Pengawal Keselamatan ‘Dibuli’ Ibu Bapa Pelajar!

Sebagai manusia biasa, melakukan kesilapan adalah perkara biasa. Memang takkan boleh lari dari buat silap! Namun, kesilapan itu perlu dibaiki dan tidak boleh dibiasakan.

 

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter memuat naik situasi ketika dia mengambil anaknya dari sekolah.

Difahamkan, pengawal keselamatan di sekolah itu secara tidak sengaja menutup pagar lebih awal dari biasa. Ia menyebabkan suasana agak kecoh dan perkara itu mencetuskan kemarahan ibu bapa dan pemandu yang datang mengambil anak mereka.

 

Ada juga salah seorang waris bertindak melempar kotak tisu kepada pengawal keselamatan berbangsa asing itu.

 

Ternyata, hari tersebut merupakan hari pertama pengawal keselamatan itu bekerja dan berlaku sedikit salah faham mengenai tugasan yang perlu dilakukan.

 

“Parents and drivers couldn’t wait for a few minutes in the comfort of their car to clear up this simple, minor misunderstanding. Almost cost this innocent hardworking making his job,” tulis pengguna Twitter berkenaan.

 

Selain melempar kotak tisu, difahamkan mereka juga turut membuli pengawal keselamatan terbabit dan memanggilnya dengan nama yang tidak baik.

 

Dalam ciapan yang sama, pemilik akaun itu turut memuat naik permohonan maaf dibuat oleh pengawal keselamatan atas kesilapan kecil yang berlaku ketika itu.

 

Di ruangan komen, warganet turut meluahkan rasa simpati atas kejadian menimpa pekerja keselamatan terbabit dan berharap dia akan tetap tabah dan cekal hati.

Post a Comment