Sambut Krismas Di Luar Negara? Ini Dia 7 Negara Selalu Di Lawati Ketika Krismas!
Maduners pernah tak rasa dan sambut sambutan Hari Natal di luar negara? Madu selalu tengok di televisyen drama waktu Krismas, meriah dan sangat cantik perhiasan ketika Krismas!
Hari ini Madu nak share dengan Maduners 7 tempat yang paling kerap dilawati ketika sambutan Krismas.
#1 London, United Kingdom
Sumber Gambar: www.londonperfect.com
Tak terkejut kan bila tahu London berada di tempat pertama? Kemeriahan sambutan Krismas di Kota London dah terbayang-bayang di fikiran Madu!
View this post on Instagram
Di sana, Maduners dapat lihat banyak pokok Krismas sekitar bandar London yang besar dan dihias dengan begitu indah. Tidak kurang juga pasar tradisionalnya yang meriah dan menawan dihiasi lampu-lampu dan perhiasan Krismas.
Mengikut tradisi yang telah diamalkan sejak 1947, pokok Krismas yang berada di Trafalgar Square akan disumbangkan oleh bandar Oslo di Norway sebagai tanda terima kasih kerana kerajaan Britain telah membantu mereka ketika Perang Dunia Kedua.
#2 New York, United States
Sumber Gambar: www.nydailynews.com
Ha, negara yang kedua ini pun buat Madu tak terkejut jika ia disebut sebagai negara yang selalu dilawati ketika perayaan Krismas!
Jika Maduners datang ke New York untuk menyambut Krismas, antara tempat yang boleh korang lawati adalah mercu tanda miniature yang berada di Botanical Gardens.
View this post on Instagram
Selain daripada itu, gelanggang ais di Rockefeller juga adalah satu tempat yang harus dilawati!
#3 Amsterdam, Netherlands
Sumber Gambar: www.klook.com
Kalau Maduners nak tahu, ketika perayaan Krismas di Amsterdam, Muzium Amsterdam akan diubah menjadi Perkampungan Krismas atau “Chrismas Village”. Wahh, dahsyat kan! Sampai muzium diubah menjadi perkampungan. Mesti meriah!
View this post on Instagram
Di sana, Maduners boleh menikmati makanan Belanda seperti biskut “Speculaas” dan Marzipan. Selain daripada itu, korang juga boleh melawat pasar Krismas dan melakukan aktiviti ice-skating di sana! Kalau pergi satu keluarga ini, memang best~lah dapat luangkan masa buat aktiviti sama-sama.
#4 Lisbon, Portugal
View this post on Instagram
Lisbon, Portugal juga menjadi salah sebuah negara yang paling kerap dikunjungi ketika perayaan Krismas. Antara tempat yang wajib Maduners patut lawati jika ke Lisbon, Portugal adalah Pasar Krismas yang terletak di Campo Pequeno.
View this post on Instagram
Kek “bolo-rei” adalah perkara wajib pada perayaan Krismas di Portugal.
#5 Prague, Republik Czech
View this post on Instagram
Apa yang menarik di Prague, Republic Czech ini adalah Maduners boleh cari Prague’s Christmas Market yang terletak di Old Town Square. Memang meriah pasar di Old Town Square ini sewaktu Krismas!
Selain adanya pokok krismas rasmi, pasar ini juga menawarkan hasil seni dan kraf, makanan dan minuman tradisional seperti roti Trdelník.
View this post on Instagram
#6 Barcelona, Sepanyol
View this post on Instagram
Sebut Krismas jerr mesti kita akan terbayang pemberian hadiah dari Santa Claus kan? Tapi lain pula kisah tradisi yang diamalkan di Sepanyol.
Di sana, tradisi memberi hadiah bukan diberi oleh Santa tetapi akan diberikan oleh Tiga Raja. Unik kan?
#7 Berlin, Jerman
View this post on Instagram
Negara terakhir dalam senarai Madu adalah Berlin, Jerman. Berlin bukan sahaja dikenali sebagai bandar yang penuh dengan kesantunan tetapi ia juga memiliki pasar wain dan Krismas yang enak!
View this post on Instagram
Selain daripada itu, berdekatan Anhalter Bahnhof, terdapat sarkas yang menawarkan pelbagai aksi dan hiburan untuk seluruh keluarga. Kalau Maduners bercadang nak melawat ke luar negara dan bawa ahli keluarga, mungkin Berlin adalah tempatnya!
Kalau Maduners perasan, hampir semua negara terkenal dengan pasar Krismas atau pasar tradisional. Elemen inilah yang membuatkan sambutan Krismas di sana lebih meriah dan disambut dengan bersungguh-sungguh.
Madu rasa dah boleh masukkan dalam senarai, ke mana Maduners nak lawati nanti.
~Stay Safe Maduners~