Sangat Femes Dekat Sabah, Ini Dia Resipi Karipap Bihun – Manis Madu
karipap bihun

Sangat Femes Dekat Sabah, Ini Dia Resipi Karipap Bihun

Hari tu Madu ada share post mengenai karipap bihun yang sangat terkenal dekat Sabah dan Sarawak, so Madu pun tanyalah kepada #TemanMadu kot-kot ada yang ada resipi macam mana nak buat karipap bihun ni.

 

Tada!! Terima kasih kepada saudari Noaira Abdill salah satu #TemanMadu yang telah memberi resipi karipap bihun ni ataupun dikenali sebagai pastel.

 

Jom kita sama-sama buat karipap bihun/pastel ni, resipi adalah seperti berikut.

Bahan-bahan: Kulit karipap

  1. Tepung ¾ dari satu paket
  2. Sedikit garam
  3. Minyak atau majerin
  4. Air

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dan uli sehingga tak melekat, kalau melekat gunakan sisa tepung tadi dan taburkan supaya uli tidak melekat.
2. Biarkan sekejap supaya adunan tadi akan bangkit sedikit.

Bahan-bahan: Inti

  1. Bihun
  2. Bawang merah & putih
  3. Minyak
  4. Kicap
  5. Perencah cukup rasa

Cara-caranya:

  1. Rendamkan bihun dengan air panas
  2. Panaskan minyak
  3. Goreng bawang merah & putih
  4. Masukkan bihun dan goreng
  5. Tuang kicap dan tambah perencah cukup rasa
  6. Sejukkan bihun yang sudah masak
  7. Buat adunan tadi dalam bentuk karipap dan masukkan bihun sebagai inti
  8. Goreng dan hidangkan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 에잔 (@nfxjan9) on

Karipap ini sedap jika dimakan bersama air cili bawang putih atau kicap berlada.

Karipap Bihun

Sumber Gambar: Rasa.my

Bahan-bahan : Air Cili Bawang Putih

 

1. Cili padi
2. Bawang putih
3. Garam
4. Perasa cukup rasa
5. Cuka
6. Air masak

 

Kisar semua bahan.

 

Apa lagi korang semua, selamat mencuba…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor Padzrynnie (@airangjamilah91) on

Post a Comment