Sarung Gaun ‘Queen Elsa’, Penampilan Bella Ketika Hadir Di Mahkamah Tarik Perhatian! – Manis Madu

Sarung Gaun ‘Queen Elsa’, Penampilan Bella Ketika Hadir Di Mahkamah Tarik Perhatian!

Perbicaraan kes dera antara pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dan kanak-kanak kurang upaya, Bella diteruskan apabila saksi pendakwaan ke-17, Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan tampil menyampaikan hujah dan bukti berkaitan kes, baru-baru ini.

 

Hari ini, aktivis Mona Din memaklumkan giliran Bella pula hadir di mahkamah untuk memberi keterangan selaku saksi terakhir bagi pihak pendakwa raya.

 

Berdasarkan hantaran dibuat di laman Facebook miliknya, Bella menarik perhatian ramai apabila dilihat tampil ke mahkamah dengan mengenakan gaun watak ‘Queen Elsa’ dalam animasi kartun kesukaannya iaitu Frozen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Ashaj (@firdausashaj)

Tambahnya lagi, hari ini merupakan antara detik termanis yang berlaku sepanjang berjuang mendapatkan keadilan buat Bella. Aktivis berkenaan juga turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang memeluk dan mengucup pipi anak syurga berkenaan.

 

“Akhirnya, for the first time setelah lebih setahun berjuang untuk Bella, pada hari yang hujan ini, Allah hadirkan rahmat-Nya, Bella berada di depan mata,”

 

Dalam pada itu, Mona juga turut berkongsi beberapa rakaman video memaparkan keadaan terkini Bella sewaktu menghadiri perbicaraan di mahkamah.

 

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan terkini Bella yang lebih ceria berbanding sebelum ini.

 

“Alhamdulillah, semakin comel Bella dan semakin sihat. Tengok gambar ni menitik air mata,”

 

“Subhanallah, dulu dia diperlakukan macam hamba abdi. Sekarang dia dilayan bak puteri. We love you Bella. Bella dalam hati kami semua rakyat Malaysia,”

 

Sweetnya Bella. Alhamdulillah, dia nampak sihat dan dijaga dengan baik,”

 

Lain sangat penampilan dan keadaan Bella berbanding dahulu. Makin ceria dan boleh tersenyum mesra berdepan dengan orang ramai! Semoga keadilan buat adik Bella ditegakkan dan dipermudah segala urusannya.

Post a Comment