“Saya Buat Selalu Dapat Ketupat Betina”, Wanita Ini Ajar Cara Balut Ketupat Jantan – Manis Madu
“Saya Buat Selalu Dapat Ketupat Betina”, Wanita Ini Ajar Cara Balut Ketupat Jantan

“Saya Buat Selalu Dapat Ketupat Betina”, Wanita Ini Ajar Cara Balut Ketupat Jantan

Sudah menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu untuk menghidangkan juadah ketupat di hari raya. Tak lengkaplah raya tanpa ketupat!

mufid-majnun-7Lm6TX46ZLQ-unsplash (1)

Ramai tahu ketupat mempunyai versi yang berbeza mengikut negeri seperti ketupat nasi dan ketupat pulut. Ketupat pulut atau ketupat palas lebih popular di negeri-negeri utara seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

 

Bila sebut tentang ketupat palas, ada pula dua versi balutan dikenali sebagai ‘ketupat jantan’ dan ‘ketupat betina’.

 

Seorang wanita di laman TikTok ada berkongsi satu video tutorial bagaimana cara membalut ketupat supaya mendapat jenis ‘ketupat jantan’.

 

Maduners boleh tengok video di bawah ini untuk belajar cara-cara membalut ketupat jantan.

Ohh, macam itu rupanya cara balutan ketupat jantan. Tak susah sangat tetapi kena buat dengan teliti kalau tak, ketupat betina jadinya.

 

Maduners yang tengah rajib buat ketupat boleh cuba ikut tutorial macam dalam video! Selamat Hari Raya Maduners!

Post a Comment