Scha & Awal Luah Rasa Syukur Rezeki Anak Melimpah Ruah – Manis Madu
scha dan awal

Scha & Awal Luah Rasa Syukur Rezeki Anak Melimpah Ruah

Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya  meluahkan rasa syukur apabila anak kedua mereka, Lyla Amina yang kini berusia dua bulan dilimpahi dengan pelbagai rezeki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Awal, 40, berkata, jika anak pertama mereka Lara Alana banyak terbabit sebagai duta produk, lain pula cerita Lyla apabila dia mendapat hadiah sehingga mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli barangan keperluan bayi.

 

“Kalau Lara banyak menjadi duta, untuk Lyla, rezeki dia lain pula. Ia datang dari segi bukan menjadi duta, tapi menerima pelbagai jenis barangan.

 

“Setakat ini duit tak keluar lagilah beli lampin pakai buang, sabun mandi, mainan, katil, semuanya tak keluar duit,” katanya kepada Harian Metro.

 

Sementara itu, Scha berkata, rasa sayang pelbagai pihak kepada Lyla ditunjukkan menerusi pemberian pelbagai hadiah yang disifatkan sebagai rezeki buat anak kedua mereka itu.

 

“Sayang mereka pada Lyla sampai hantar macam-macam. Mereka fikir, kalau tak dapat sebagai duta mereka berikan dengan cara lain iaitu memberikan produk. Sekarang tak lantik menjadi duta mungkin sebab faktor ekonomi. Tak menjadi duta, tapi dapat rezeki dengan cara lain,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Awal yang juga pengacara program Melodi berkata, mereka sekeluarga kini dikenali dengan gabungan nama Schawalaramina.

Post a Comment