Sebelum Ini Tak Kenal, Sekarang Iklan K-Pop Bantu Tingkatkan Permintaan ‘Tuk Tuk’ – Manis Madu
Iklan K-Pop Bantu Tingkatkan Permintaan ‘Tuk Tuk’

Sebelum Ini Tak Kenal, Sekarang Iklan K-Pop Bantu Tingkatkan Permintaan ‘Tuk Tuk’

Siapa sangka dengan mempamerkan poster bintang K-Pop dapat membantu meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan teksi ‘tuk tuk’ khas Bangkok.

 

Untuk pengetahuan Maduners, perkhidmatan teksi tuk tuk merupakan antara yang paling teruk terjejas terkena dampak wabak Covid-19 yang mana menjejaskan sektor pelancongan di Thailand, lapor South China Morning Post.

 

Terdahulu, mereka memperoleh sekitar 1,500 baht (US$ 47) sehari dengan membawa pelancong asing di sekitar Bangkok. 

 

Namun, hampir semua itu hilang ketika jumlah pengunjung turun sebanyak 85 peratus pada tahun 2020.

 

Pemandu teksi tuk tuk, Samran Thammasa, 39, sebelumnya tidak pernah mendengar tentang bintang K-Pop sebelum wabak Covid-19 melanda tetapi kini peminat K-Pop di Thailand membantunya bertahan.

poster bintang K-Pop meningkatkan permintaan perkhidmatan teksi ‘tuk tuk’ khas Bangkok 02

Motosikal roda tiga berwarna hijau terang kebanyakannya sudah kosong selama lebih dari satu tahun. 

 

Namun, dalam beberapa bulan terakhir, dia memperoleh sekitar 600 baht (US$ 19) sebulan kerana menampilkan iklan K-Pop pada kenderaan itu.

 

“Pendapatan tambahan yang diperoleh mungkin tidak banyak buat kebanyakan orang tetapi itu adalah rezeki untuk kami,” ujarnya sambil melihat sepanduk bintang K-Pop Jessica Jung pada tuk tuk nya.

poster bintang K-Pop meningkatkan permintaan perkhidmatan teksi ‘tuk tuk’ khas Bangkok 03

Tindakan itu dilakukan oleh segelintir peminat muda K-Pop yang bertindak untuk memasang sepanduk dan poster idola K-Pop kegemaran mereka di kenderaan ikonik berkenaan.

 

Pemasangan tersebut selama satu bulan bertujuan untuk memberi sumber pendapatan baru kepada pemandu yang terjejas.

 

Samran dan ramai yang lain kini membawa tuk tuk mereka di sekitar Bangkok dengan sepanduk bintang K-pop yang berbeza setiap bulan. 

 

Setakat ini, gerakan itu telah menguntungkan beberapa peratus pemandu tuk tuk.

Sumber Gambar: South China Morning Post

Post a Comment