Sebiji Macam Dekat Kampung Bunian! Tetamu Majlis Kahwin Pun Pakai Warna Putih! – Manis Madu
Sebiji Macam Dekat Kampung Bunian! Tetamu Majlis Kahwin Pun Pakai Warna Putih!

Sebiji Macam Dekat Kampung Bunian! Tetamu Majlis Kahwin Pun Pakai Warna Putih!

Menjayakan sebuah majlis perkahwinan dengan mengikut tema warna ditetapkan bukan satu perkara yang mudah. Kadang-kadang mesti ada ‘terselit’ ahli keluarga atau tetamu yang gagal memenuhi konsep yang telah ditetapkan tuan rumah.

 

Namun, tidak bagi ahli keluarga dan tetamu jemputan sebuah majlis ini yang betul-betul mematuhi tema penampilan serba putih sekaligus dilihat menarik untuk dirakam oleh jurugambar.

 

Perkara ini dikongsikan @fitrinruslee melalui akaun TikTok memaparkan sebuah video kompilasi perjalanan acara majlis berkenaan sehingga ditonton hampir 800,000 kali dalam kalangan warganet.

utih (1)

Rakaman berdurasi 38 saat itu ternyata dipenuhi dengan pujian ramai yang kagum dengan disiplin setiap individu dalam majlis tersebut yang mana berjaya mengikut tema ditetapkan.

putih (1)

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet berseloroh dengan menyamakan tema majlis tersebut seperti perkampungan bunian yang sinonim dengan warna putih sehingga sukar mencari kelibat pasangan mempelai.

 

“Wahhh sejuk mata. Macam kat perkampungan bunian,” komen seorang netizen.

 

“Ni kalau ada yang tiba-tiba pakai hitam terus tak berani turun kereta. Hahaha,” tulis netizen lainnya.

 

Wah, sangat disiplin ya ahli keluarga dan tetamu di majlis ini. Terbaik! Tema putih ini juga membangkitkan mood tenang dan nampak berseri jerr. Cantik sangat!

Post a Comment