Sedap Ke Ewwww? 5 Resepi Pelik Dari Tiktok Yang Korang Akan Persoalkan Kewujudan Resepi Itu Sendiri! – Manis Madu
Sedap Ke Ewwww_ 5 Resepi Pelik Dari Tiktok Yang Korang Akan Persoalkan Kewujudan Resepi Itu Sendiri!

Sedap Ke Ewwww? 5 Resepi Pelik Dari Tiktok Yang Korang Akan Persoalkan Kewujudan Resepi Itu Sendiri!

Tiktok boleh dikatakan satu platform media sosial yang kini orang ramai kongsikan macam macam perkara, dari cabaran tarian, rutin kehidupan dan banyak lagi. Tapi yang selalu terngiang-ngiang dalam kepala Syaz adalah video Tiktok mengenai makanan! 

 

Video pasal makanan itu banyak, ada resepi, ada tip masakan tapi yang kecoh sekarang ini banyak video resepi di Tiktok yang pelik-pelik, sebab itu terngiang-ngiang dalam kepada Syaz!

 

Nak tahu sepelik mana resepi yang ada dekat Tiktok? Jom tengok!

Nasi Milo

Tak boleh bawa bincang ya! Syaz tahu milo itu kesukaan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia tapi tak semestinya kena campur atau masukkan milo ke dalam makanan lain! Dah banyak kali nampak milo dicampurkan dengan pelbagai hidangan seperti mi dan nasi.

@arief_why1 Balas @fatihstore28 Ni Suda buat Nasi MILO kalo rame Lanjut#myfoodie #resepisimple #masakan ♬ suara asli – arief_why1

Haa tengok video di atas dia campurkan milo bersama beras! Agaknya apalah rasa nasi itu nanti, semoga sihat-sihat saja yang makan nasi milo itu nanti!

Kecoh dan huru hara bila video ini dimuat naik di media sosial Tiktok! Tersangat pelik sampai ada yang marah.

 

Penyedut minuman itu dijadikan pasta manakala aiskrim McDonald’s yang juga dibeli oleh pengguna TikTok tersebut pula dijadikan bahan untuk kuah carbonara.

Loya tekak tengok hasilnya, harap-harapnya untuk video saja, bukan untuk dimakan atau diberi makan kepada orang lain!

Kerepek Cheetos + Marshmallow + Nutella

Nampak macam pelik tapi nampak macam sedap? Entahlah, Syaz sendiri confius dengan resepi Tiktok ini. Agaknya bila dia letak nutella itu terus rasa nak cuba sebab Syaz memang minat dengan nutella.

Pada asalnya kerepek Cheetos, marshmallow dan nutella itu sendiri memang dah sedap tetapi untuk gabungkan ketiga-tiga bahan ini sekali, Syaz sendiri akan mempersoalkan kewarasan diri, semoga yang nak cuba resepi ini baik-baik sahaja!

Ini resepi yang paling terbaru viral di Tiktok dalam kalangan orang Melayu, kenapa orang Melayu saja, sebab resepi ayam coca cola ini sebenar memang dah ada lama dalam komuniti orang Cina terutamanya.

@ctalyh Siapa yg dm request tu dia yg kena pegang camera😂😂#alimasak #fyp #tiktokrecipe #trendingrecipeontiktok ♬ original sound – Aliah Siti

Menurut Whatsonweibo, terdapat beberapa spekulasi mengenai asal usul ayam coca-cola ini, ada spekulasi yang mengatakan resepi ini datang dari Jinan, Shandong apabila seorang chef tertumpahkan air Coca Cola ke dalam hidangan ayam. 

 

Ada juga spekulasi yang sebenarnya ada dua orang jurujual Coca Cola dari China yang menghasilkan resepi ini dan spekulasi ketiga ada yang cakap resepi ini dah ada di negara barat dengan menggunakan sos tomato tetapi bila di China, mereka gantikan sos tomato dengan kicap.

 

Apa pun spekulasi asal usulnya, bagi Syaz tak adalah pelik pun dengan resepi ini tetapi untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba akan sedikit terkejut dengan rasanya yang unik!

Mee Goreng Sedaap

Bunyi macam hidangan atau resepi yang biasa dan tak ada yang pelikkan? Anda belum tengok cara dia masak lagi mee goreng tersebut!

Agak pelik bagi Syaz cara dia masak dan makan mee goreng sedap tapi yang lagi peliknya rasa macam nak cuba resepi ini sebab nampak sedap.

 

Entahlah Syaz confius sekali lagi dengan resepi ini sama ada nak cuba atau tak nampak sedap!

 

Jadi dalam 5 resepi yang Syaz dah kongsi pada Maduners, agaknya Maduners rasa yang mana paling pelik dan yang mana korang akan cuba? Apa-apa pun hati-hati dalam mencuba makanan atau resepi baru yang pelik, jangan sakit perut sudah! Selamat mencuba!

Post a Comment