Sedap Ke Tidak? Resepi Puding Coklat Mudah Korang Kena Cuba! – Manis Madu
Sedap Ke Tidak_ Resepi Puding Coklat Mudah Korang Kena Cuba!

Sedap Ke Tidak? Resepi Puding Coklat Mudah Korang Kena Cuba!

Siapa di sini suka pencuci mulut? Haa, korang boleh cuba resipi Puding Coklat Simple perkongsian dari Mr Ali. Nak cerita kat korang, nak buat resipi ini punya la senang! Bahan-bahan yang digunakan pun sangat mudah didapati dan simple sahaja.

 

Puding Coklat ini kalau makan time sejuk-sejuk memang layan bestie! Jom belajar cara-cara nak buat.

abhishek-hajare-lJfeBZCleqc-unsplash (1)

Bahan-bahan:

 

Lapisan pertama

  • 4 cawan air
  • 150 gram gula kastor
  • 12 gram agar-agar (tak kisah tali atau serbuk)
  • 400 gram dark chocolate compound
  • 200 gram susu cair

 

Untuk lapisan ini, Maduners boleh letak Kit Kat atau apa-apa jenis coklat yang korang suka. Kalau tak nak letak pun takpe, optional.

 

Lapisan kedua

  • 1 cawan air
  • 4 gram agar-agar
  • 50 gram gula
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 70 gram susu cair

Cara penyediaan:

 

Lapisan pertama

  1. Untuk lapisan pertama, masukkan 4 cawan air, 12 gram agar-agar dengan api sederhana.
  2. Kacau dan biarkan mendidih. Bila dah mendidih, masukkan 150 gram gula kastor diikuti 200 gram susu cair. Kacau sebati dan perlahankan api. Kemudian masukkan 400 gram dark chocolate compound.
  3. Bila semua bahan-bahan dah sebati, tutup api. Biarkan dalam 3 minit dan masukkan dalam loyang bersaiz 8 inci sedikit demi sedikit. Habis separuh adunan tadi, masukkan ke dalam peti dan setkan masa selama 5 minit.
  4. Bila dah set, letaklah apa-apa coklat yang korang nak. Boleh jadi Kit Kat, Oreo, Cadbury dan lain-lain. Tak letak pun takpe tau, optional.
  5. Tuang lebihan adunan hingga menutupi lapisan tadi. Setkan selama satu jam.

 

Lapisan kedua

  1. Hidupkan api sederhana dan masukkan 1 cawan air.
  2. Tambah 4 gram agar-agar dalam adunan. Kacau sehingga mendidih lalu masukkan 50 gram gula dan 2 sudu makan serbuk koko dan 70 gram susu cair.
  3. Kacau hingga sebati sebelum matikan api. Biarkan dalam 5 minit kemudian tuang adunan ke atas lapisan pertama tadi.
  4. Jangan lupa untuk lorekkan sedikit lapisan kedua. Ini bertujuan untuk apabila korang nak potong nanti, lapisannya tak bergerak.
  5. Setkan masa selama 1 jam dan siap! Boleh dihidang untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut.

 

Simple tapi nampak sangat menyelerakan bukan? Ini kalau nak dihidang untuk tetamu datang pun sesuai sangat. Maduners jangan lupa cuba buat kat rumah!

 

Sumber: Facebook

Post a Comment