Sedap Sangat! Amerika Syarikat Pinjam Lagu Ella Untuk Sambutan 4 Julai? – Manis Madu
Sedap Sangat! Amerika Syarikat Pinjam Lagu Ella Untuk Sambutan 4 Julai

Sedap Sangat! Amerika Syarikat Pinjam Lagu Ella Untuk Sambutan 4 Julai?

Siapa sangka dengan muzik kita mampu bersatu dan mencipta satu melodi yang indah dan sedap di halwa telinga kita.

 

Lagu ‘Standing in The Eyes of The World’ bukanlah sesuatu yang baru kita dengar. Dikeluarkan buat kali pertama pada tahun 2003. Kemudian diberi nafas baru pada tahun 2019.

Sedap Sangat! Amerika Syarikat Pinjam Lagu Ella Untuk Sambutan 4 Julai

Sempena sambutan kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) yang ke-244 yang jatuh pada tarikh 4 Julai, pihak kedutaan negara AS telah melancarkan muzik video menggunakan lagu yang evergreen tersebut. Yay!

 

Menurut laporan Malaysiakini, susunan semula lagu tersebut dilakukan oleh Helen Yap dan yang kemudian dinyanyikan dalam dwibahasa, serta disiarkan di laman YouTube rasmi kedutaan AS.

 

Pemain seruling terkenal, Muhardiman Ismail atau Mohar Mohram memulakan lagu dengan memainkan seruling.

 

Ella pula membuat penampilan dan menyumbangkan suara dalam video berkenaan, selain Zee Avi yang juga turut menyanyi dalam bahasa Inggeris.

Sedap Sangat! Amerika Syarikat Pinjam Lagu Ella Untuk Sambutan 4 Julai

Turut ditampilkan di dalam muzik video adalah beberapa alumni program American Music Abroad iaitu sebuah program pertukaran unik tajaan kerajaan AS yang menghantar ramai pemuzik AS ke seluruh dunia setiap tahun.

 

Pemuzik antarabangsa yang terlibta ada Ron “Bumblefoot” Thal yang merupakan bekas gitaris Guns N’ Roses, Tony Memmel, Gabrielle Stravelli, Farewell Angelina dan pemuzik yang lain.

 

Bila Madu tengok artis tempatan berkolaborasi dengan artis luar negara, bukan level biasa bias artis kita. Mampu cipta fenomena dengan muzik yang menyatukan jiwa antara dua negara. Madu rasa bangga sebab jadi rakyat Malaysia.

 

Yang mana belum sempat tengok muzik video lagu tersebut, nahhh Madu belanja kita tengok sama sama. Lepastu jangan lupa nyanyi ramai ramai.

Post a Comment