Sediakan Tempat Kuarantin Tepi Kubur Bagi Individu Yang Masih Degil Balik Beraya – Manis Madu
Sediakan Tempat Kuarantin Tepi Kubur Bagi Individu Yang Masih

Sediakan Tempat Kuarantin Tepi Kubur Bagi Individu Yang Masih Degil Balik Beraya

Sebuah kampung di Kabupaten Cirebon, Jawa Barat telah menyiapkan sebuah pusat kuarantin istimewa buat golongan yang terlepas pulang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Desa Kemlaka Gede akan menempatkan golongan ‘mudik lebaran’ ini di dua lokasi iaitu Pusat Bersalin Desa yang ditingalkan dan sebuah dewan serbaguna yang terletak bersebelahan kubur bagi proses kuarantin wajib selama lima hari.

 

Ketua Desa Kemlaka Gede, Rusli berkata pihaknya mengambil tindakan itu seiring dengan arahan kerajaan yang mewajibkan pengunjung luar desa untuk menjalani proses kuarantin.

 

“Pusat kuarantin kami bukan di tempat yang sunyi tetapi mungkin agak seram kerana terletak di sebelah tanah perkuburan.

 

“Ini jalan terakhir kami untuk memastikan tiada penularan Covid-19 berlaku ketika sambutan hari raya,” jelas Rusli.

 

Tambah Rusli, dia sering mengingatkan anak rantau desa itu untuk melupakan hasrat beraya di kampung memandangkan wabak Covid-19 masih berleluasa.

 

“Saya berharap tiada yang mudik lebaran jika mereka benar-benar mengambil berat akan keselamatan keluarga,” tegasnya.

 

Larangan mudik lebaran di seluruh Indonesia berkuatkuasa mulai 6 Mei hingga 17 Mei ini.

Post a Comment