Sedih! Dipaksa Tukar Jantina Sebelum Dirogol & Dilacurkan – Manis Madu
Dipaksa Tukar Jantina Sebelum Dirogol

Sedih! Dipaksa Tukar Jantina Sebelum Dirogol & Dilacurkan

Kejadian berlaku di Geeta Colony, New Delhi, India, tentang sebuah episod hitam yang menimpa seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Kejadian yang dibongkar pada Jumaat lalu itu mendedahkan remaja lelaki berkenaan dipaksa menukar jantina, dirogol dan dijadikan pelacur.

 

Tidak cukup dengan itu, lebih malang lagi apabila remaja itu juga dipaksa untuk mengemis.

 

Nasib malang ini bermula seawall 3 tahun yang lalu selepas bertemu seorang individu di Laxmi Nagar.

 

Dengan menjanjikan untuk mengajar menari, individu itu berjaya memujuk remaja lelaki berkenaan untuk mengikutnya ke Mandawali yang akhirnya diperdaya apabila remaja lelaki berkenaan dipaksa melakukan perkara tidak bermoral oleh suspek dan rakan suspek.

 

Remaja lelaki berkenaan juga turut diberi minuman beralkohol sebelum dipaksa untuk menjalani pembedahan menukar jantina.

 

“Individu terbabit dalam pemerdagangan manusia dan memakai pakaian wanita untuk memikat pelanggan.

 

“Mereka juga memukul dan merompak pelanggan mereka,” kata seorang mangsa yang berjaya melarikan diri.

 

Mengulas lanjut selepas kes ini dibongkarkan, Sarika Chaudhary dari Suruhanjaya Wanita Delhi (DWC) telah membuat laporan awal terhadap suspek bagi membela nasib remaja lelaki berkenaan.

Sumber Gambar: Harian Metro

Post a Comment