Sedih Sebab Jerawat, Ketahui Punca Sebenarnya Naik Jerawat!
Sudah pasti semua orang menginginkan kulit yang flawless, bersih dan tak ada jerawat.
Kalau nak bercakap pasal jerawat ini memang takkan pernah habis, terutamanya masalah yang membelenggu kaum wanita. Dah macam-macam produk pakai tapi masih juga naik jerawat, pelik kan?
Jadi hari ini Miera nak kongsikan antara penyebab lain yang mungkin Maduners semua tak sedar pun penyebab naiknya jerawat.
#Memegang Benda Lain Sebelum Memakai Skincare
Ini antara salah satu sebab yang Maduners mungkin tak perasan dan amik remeh.
Mesti ada di antara Maduners yang suka pegang benda lain selepas mencuci muka terutamanya memegang telefon selepas mandi, lepas itu baru nak apply skincare dekat muka. Kadang-kadang ada yang dah jadi kebiasaan.
Maduners tahu tak, telefon itu sahaja dah ada beribu bakteria yang melekat walaupun Maduners nampak telefon yang dipegang itu bersih.
Jadi, lepas ini Miera nak pesan dekat Maduners semua supaya apply skincare dulu pada muka atau paling kurang pun cuci dulu tangan sebelum pakai skincare.
#Kerap Memegang Muka
Tangan antara salah satu anggota badan yang paling banyak bakteria. Mana taknya kalau dah Maduners pegang macam-macam benda.
Memang tak dapat dinafikan kadang-kadang susah untuk kita disiplinkan diri supaya tidak memegang muka. Tapi untuk mendapatkan kulit yang sihat Maduners kena lawan perasaan itu!
#Tukar Cadar Sekerap Mungkin
Mesti ada di antara Maduners yang tak perasan dengan benda ini. untuk mengatasi jerawat dari terus naik di muka, Maduners wajib menukar cadar sekerap yang mungkin.
Perlu tukar cadar kerana udara kotor di rumah mungkin melekat pada cadar bantal yang korang tidur. Sebab itu bangun tidur ada sahaja jerawat yang naik.
#Guna Tuala Muka Yang Asing
Penggunaan tuala muka dan tuala mandian yang berasingan juga sememangnya penting bagi mengatasi masalah jerawat.
Kebanyakan Maduners selalu lap muka dengan tuala mandian. Itulah tuala yang dia lap badan dan itu jugalah tuala dia lap muka. Sebenarnya tak elok Maduners buat macam itu, sebabnya tuala mandian pun antara tempat yang bakteria suka duduk.
#Basuh Dengan Kerap Anak Tudung/ Topi
Perasan tak sesetengah orang ada jerawat di bahagian dahi atau kepala? Faktor boleh menyebabkan jerawat di bahagian kepala berkemungkinan disebabkan anak tudung, topi atau segala benda yang dipakai di bahagaian kepala.
Bahagian kepala kita sememanya mudah untuk berpeluh, lagi-lagi bila cuaca panas terik. Ini akan menyebabkan bahagian kepala korang berbau dan mudah dijangkiti bakteria.
Sebab itu Maduners perlu kerap membasuh semua benda yang dipakai di bahagian kepala.
Nak cantik kena berkorban sikit, tak boleh malas-malas. Semoga tips ini dapat membantu Maduners semua.