Sekolah Terpaksa Ditutup Akibat Jadi Tempat Pembiakan Labah-Labah – Manis Madu
Sekolah Terpaksa Ditutup Akibat Jadi Tempat Pembiakan Labah-Labah

Sekolah Terpaksa Ditutup Akibat Jadi Tempat Pembiakan Labah-Labah

Sebuah sekolah terpaksa ditutup di Northampton kerana ia menjadi tempat pembiakan labah-labah pada Rabu, lapor BBC.

 

Kira- kira 1,650 pelajar yang belajar di Sekolah Duston diminta supaya tidak pergi ke sekolah sehingga notis pembukaannya diberitahu kelak.

school

Penutupan sekolah itu dibuat menerusi e-mel kepada ibu bapa murid dan pelajar sekolah tersebut.

 

Sekolah untuk kanak-kanak berusia empat tahun hingga 18 tahun itu kemudian menjadi sasaran kemarahan sebahagian ibu bapa.

 

Ini adalah kerana sesi persekolahan baru dibuka selepas ditutup hampir 18 bulan akibat COVID-19.

 

Labah-labah yang dikenali sebagai ‘False Widow Spider’ ataupun nama saintifiknya ialah Genus Steatoda yang mempunyai bisa.

 

Namun, serangga itu sering juga disalah tafsir sebagai labah-labah ‘Black Widow’ kerana mempunyai warna gelap pada badannya.

Post a Comment