Sekumpulan Individu Simpan 1000 Janin Manusia Dalam Peti Sejuk Beku – Manis Madu
Sekumpulan Individu Simpan 1000 Janin Manusia Dalam Peti Sejuk Beku

Sekumpulan Individu Simpan 1000 Janin Manusia Dalam Peti Sejuk Beku

Baru-baru ini polis Daerah Ha Dong, Hanoi telah menemui lebih dari 1000 janin manusia disimpan di dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan tersebut.  

 

Menurut laporan kinhte & Dothi, pihak polis memaklumkan sebelum itu pemilik sebuah motel di daerah tersebut berulang kali menyaksikan sekumpulan pemuda memegang beg hitam dan melakukan beberapa prosedur kerohanian sebelum dia melaporkan kepada pihak polis.

 

Pihak polis kemudiannya mengawasi kumpulan itu sehingga ke apartmen dan menyerbu pangsapuri tersebut .

 

Melalui serbuan yang dibuat, pihak polis menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi beg hitam mengandungi janin manusia. Berikutan kejadian itu,  empat orang telah  ditahan untuk disoal siasat

 

Sementara itu, peti penyejuk beku dan janin kemudian ditempatkan di rumah pengebumian daerah sementara menunggu siasatan.

 

Siasatan awal menunjukkan keempat-empat suspek sering mengumpul janin hasil pengguguran daripada klinik dan tempat pembuangan sampah di bandar untuk diatur pengebumian yang sesuai. 

 

Suspek melakukan pengebumian di Thanh Oai dan Soc Son di Hanoi serta di Wilayah Nam Dinh.

 

Disebabkan kawasan berkenaan jauh dari tempat pengebumian, kumpulan itu mengambil keputusan untuk menyimpan janin di dalam peti sejuk terlebih dahulu.

 

Walaupun kes dilihat tidak berunsur jenayah, tetapi pihak berkuasa tempatan berkata ia tetap menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin ditangani dan disimpan meskipun kerja kumpulan sukarelawan itu adalah baik.

Post a Comment