Selalu Amalkan Pengambilan Supplemen, Tetapi Betul Atau Tidak Cara Yang Anda Amalkan
Selalu nampak orang promosikan supplemen sana sini tapi Maduner tahu tak selok belok pengambilan supplemen?
Supplemen merupakan makanan tambahan yang diambil bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti kesihatan, mencegah dan mengurangkan risiko sakit.
Kali ini Alif nak kongsikan dengan Maduners beberapa tips dan langkah yang betul kepada mereka yang ingin mengamalkan supplemen atau makanan tambahan.
1. Kurangkan Pengambilan Kafein yang Berlebihan
Kopi ketika ini masih menjadi kegilaan orang ramai terutamanya daripada jenama Starbucks yang mana merupakan jenama kegemaran dunia ketika ini.
Tidak salah minum kopi dan teh, tetapi pengambilan yang tak terkawal minuman yang mengandungi kafein yang tinggi amat bahaya.
Yang merisaukan adalah wanita yang minum minuman berkafein mungkin berisiko kehilangan ketumpatan tulang, jadi tidak berfungsi Maduners mengambil supplemen kalau masih menjejaskan kesihatan dengan pengambilan kafein yang tinggi.
Bagi mengoptimumkan pengambilan supplemen yang anda amalkan, Maduners harus kurangkan minuman berkafein.
2. Banyakkan Minum Air Kosong
Sesuatu yang menarik untuk Maduners, air manis boleh tingkatkan kepekatan darah yang mana akhirnya mengakibatkan peningkatan berat badan!
Maduners disarankan untuk elak air manis dan mengamalkan sekurang-kurangnya 3 liter air kosong sehari supaya penyerapan supplemen yang diambil adalah lebih baik.
3. Jangan Ambil Supplemen yang Tidak Sesuai
Macam mana nak tahu sesuatu supplemen itu sesuai atau tidak dengan kita? Jawapannya adalah rujuk pakar. Pengambilan supplemen yang tidak diperlukan mungkin akan memberikan kesan yang buruk terhadap tubuh badan kita.
Memandangkan sel-sel tubuh kita hidup antara 90-120 hari, jadi anda haruslah konsisten dalam mengamalkan supplemen sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kesan optimum.
4. Elakkan Ambil Supplemen & Ubat Secara Serentak
Pengambilan ubat dan supplemen pada waktu yang sama boleh menyebabkan kecelaruan sekaligus menganggu penyerapan dengan baik.
Bukannya tidak boleh ambil supplemen dan ubat, Maduners kena pastikan jarak masa pengambilan terjaga bagi memastikan proses dan kesan yang lebih optimum.
5. Faham Bahawa Supplemen BUKAN Ubat
Tidak dapat dinafikan bahawa supplemen turut membantu tubuh badan kita, tetapi Maduners harus faham yang supplemen BUKAN pengganti ubat dan rawatan bagi sakit yang dialami.
Mengantikan ubat dengan supplemen boleh memberikan impak yang buruk kepada tubuh badan, jangan tinggalkan ubat-ubatan anda yang sedia ada tanpa merujuk dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.
Pesan akhir Alif ialah pastikan Maduners rujuk doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum pengambilan sebarang supplemen.
Tak salah pun kita laburkan sedikit untuk kesihatan sendiri, bukannya untuk orang lain juga, untuk diri sendiri.