Selalu Tengok Di Luar Negara, Kini Malaysia Sudah Ada Ambulans Haiwan! – Manis Madu
Selalu Tengok Di Luar Negara, Kini Malaysia Sudah Ada Ambulans Haiwan

Selalu Tengok Di Luar Negara, Kini Malaysia Sudah Ada Ambulans Haiwan!

Jangan sangka manusia sahaja perlukan khidmat ambulan, rupanya haiwan juga perlukan perkhidmatan ini! 

 

Sebelum ini kita jarang didedahkan atau mungkin tidak pernah tahu tentang kewujudan ambulan haiwan, jika ada mungkin bukan di Malaysia.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter ada berkongsi tentang perkhidmatan ambulan haiwan yang sudah mula beroperasi di Malaysia. Menariknya!

Namun, perkhidmatan ini hanya terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

 

Perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 34.4k ulang kicau serta 24.4k tanda suka.

 

Ruangan komen juga dipenuhi dengan pujian daripada warganet yang rata-rata sangat menyokong usaha tersebut. 

 

Malah sudah ada permintaan untuk mengadakan ambulan haiwan di semua negeri.

 

Buat Maduners yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang perlu menggunakan perkhidmatan ambulan haiwan boleh hubungi mereka di talian 012-2024911 atau boleh ke laman Facebook mereka.

Post a Comment