Selamat Hari Jadi! Penyanyi Kegilaaan Ramai, Adele Kini Berusia 33 Tahun – Manis Madu
Adele Kini Berusia 33 Tahun

Selamat Hari Jadi! Penyanyi Kegilaaan Ramai, Adele Kini Berusia 33 Tahun

Adele Laurie Blue Adkins atau nama popularnya Adele, lahir pada tahun 1988 pada tarikh 5 Mei, hari ini!

 

Sempena dengan hari lahirnya ini, Madu akan berkongsi serba sedikit mengenai kisah wanita tabah ini dalam menghadapi pelbagai dugaan sepanjang hidupnya sebagai seorang penyanyi.

 

Dilahirkan di Tottenham London, beliau dibesarkan oleh ibunya seorang selepas bapanya meninggalkan keluarga sejak dia dilahirkan.

 

Bakat nyanyi beliau telah mula dipupuk sejak berusia empat tahun dan ibunya mengatakan bahawa Adele sangat obses dengan muzik dan suaranya sendiri.

Pecah Rekod Dunia

Tampil dengan pelbagai album, 21 merupakan album beliau yang paling mendapat tempat dan juga menjadi titik permulaan kariernya apabila album tersebut mendapat pelbagai anugerah berprestij seperti Album Of The Year Grammy, Best British Album bagi Brit Award dan Favourite Pop/Rock Album dalam American Music Award.

 

Dengan kejayaan album ini juga, Adele telah dimasukkan ke dalam senarai Guinness Book of Records apabila lagu-lagu beliau iaitu Someone Like You, Rolling In The Deep dan juga Set Fire To The Rain telah telah menduduki tiga tangga teratas dalam waktu yang sama bagi Billboard Hot 100.

 

Selain itu, lagu beliau berjudul Hello juga telah memecah rekod penyanyi di Amerika Syarikat apabila telah berjaya dijual sebanyak satu juta unit berbentuk digital hanya dalam tempoh seminggu selepas pelancarannya.

Kisah Peribadi dan Kegagalan Perkahwinan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adele (@adele)

Pada tahun 2011, Adele telah menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya Simon Konecki dan telah dikurniakan cahaya mata pada tahun 2012.

 

Mengumumkan perkahwinannya dengan Konecki ketika membuat ucapan dalam Grammy Award 59, beliau mengesahkan desas desus yang mengatakan mereka telah berkahwin secara senyap pada tahun 2017.

 

Namun pada April 2019, Adele telah mengejutkan peminatnya apabila membuat kenyataan rasmi bahawa dia dan suami telah sah bercerai dan dalam proses pembahagian harta dan juga hak penjagaan anak.

 

Bagi Adele, penceraian baginya adalah pilihan terakhir dalam perkahwinannya dan ini merupakan perkara yang paling ditakuti namun dia harus menguatkan diri demi anaknya.

 

Kecewa dengan penceraiannya, Adele telah mendiamkan diri hampir setahun apabila tidak keluar di mana-mana stesen TV dan radio serta langsung tidak meninggalkan sebarang khabar berita.

Kebangkitan Adele

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adele (@adele)

Tampil sebagai hos bagi rancangan Saturday Night Live di saluran NBC pada Oktober 2020, Adele sekali lagi telah mengejutkan orang ramai apabila tampil dengan imej barunya.

 

Imej beliau yang berubah 360 darjah dengan penurunan berat badan yang mendadak telah membuatkan ramai yang terinspirasi dari kisah bagaimana beliau bangkit setelah berdepan dengan penceraian bersama suami tercinta.

 

Ramai dari kita mengatakan bahawa apabila kita berdepan dengan sesuatu yang menyakitkan, kita akan kembali dengan lebih kuat pada masa akan datang.

 

Adele membuktikan semua itu adalah benar dan perkara yang menyakitkan itu mampu melahirkan sesuatu yang baru dalam diri kita.

 

Happy Birthday Adele!

Post a Comment