Selamatkan Anak Sebelum Lemas, Naya Rivera Disahkan Meninggal – Manis Madu
Selamatkan Anak Sebelum Lemas, Naya Rivera DisahSelamatkan Anak Sebelum Lemas, Naya Rivera Disahkan Meninggalkan Meninggal

Selamatkan Anak Sebelum Lemas, Naya Rivera Disahkan Meninggal

Punah hati Madu apabila dapat tahu polis telah mengesahkan kematian Naya Rivera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera) on

Naya yang terkenal dalam siri televisyen Glee itu meninggal dunia pada usia 33 tahun selepas hilang ketika menaiki bot bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun, pada 8 Julai lalu.

 

Kematian Naya Rivera telah disahkan oleh pihak polis Ventura County yang mana mayatnya ditemui di Tasik Piru, California dalam misi mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera) on

Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Ventura mengeluarkan sebuah dokumen yang menyatakan punca kematian Naya Rivera adalah mati lemas.

 

Tambahan daripada dokumen tersebut, tidak ada kecederaan, tidak ada petunjuk dadah atau alkohol pada mayat Naya Rivera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera) on

Perkara yang lebih sayu yang buatkan Madu begitu sedih adalah, sebelum Naya Rivera kelemasan di Tasik Piru, California, dia telah menyelamatkan anaknya daripada lemas.

 

Penyiasat yang menemubual anak Naya Rivera mengesahkan, anaknya yang berusia 4 tahun itu melihat Naya Rivera tengelam ke bawah tasik selepas menolaknya masuk ke bot.

Post a Comment