Selepas 5 Bulan Bertudung, Hannah Delisha Kini Lebih Tenang
Kebelakangan ini nama Hannah Delisha hangat diperkatakan apabila beliau membuat keputusan untuk bertudung. Penghijrarahan ini mendapat luahan kata-kata positive dari pelbagai pihak serta berharap beliau terus consistent dengan niat baiknya itu.
View this post on Instagram
Walaupun begitu, Hannah sering tertanya-tanya apakah kariernya sebagai pelakon bakal terjejas dengan keputusan penghijrahannya itu.
“Pernah terlintas dalam fikiran, selepas saya bertudung, bagaimana dengan urusan kerja? Mungkin ada kerja tertentu yang saya terpaksa tolak. Namun, saya yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, tak perlu timbul rasa risau kerana saya sentiasa serahkan bab rezeki kepada-Nya,” luahnya.
Selepas bertudung, Hannah juga mengakui kini semakin tenang menjalani kehidupannya.
Hannah yang berasal dari Singapura ini meluahkan perasaannya kini lebih tenang dan damai setelah bertudung.
“Saya tak perlu lagi risau mengenai rezeki dan sebagainya kerana semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah. Sejujurnya, kehidupan saya juga kini menjadi lebih tenang dari semua sudut,” katanya.
Hannah juga turut berkongsi titik tolak permulaan bagaimana dia mula ingin memakai tudung yang kini penghijrahannya itu telah mencecah hampir lima bulan.
View this post on Instagram
“Kalau diikutkan, saya sudah terdetik untuk memakai tudung agak lama juga. Namun, saya perlu habiskan penggambaran drama Cinta Sekali Lagi.
Kalau nak tahu, watak saya sebagai Amanda dalam drama itu yang membuatkan saya rasa lebih ingin bertudung.
Saya cakap kepada diri saya, ini masanya untuk saya memakai tudung kerana niat hati saya dah semakin hari semakin kuat,” katanya.
Untuk pengetahuan Maduners, Hannah amat berminat melakonkan watak antagonis dan ingin explore lebih lagi.
Berbicara mengenai babak intim yang akan dilakonkan selepas ini, Hannah juga punya prinsipnya yang tersendiri.
“Untuk melakukan sesuatu babak romantik, pelakon tidak semestinya perlu bersentuhan. Yang penting adalah bagaimana situasi romantik itu dibawakan dan paling penting adalah teknik kamera,” katanya.
Tahun 2020 kini semakin ke penghujungnya, Hannah mengakatakan beliau ingin berehat buat sementara ini serta ingin memenuhi salah satu impiannya yang ingin menjadi entrepreneur belajar selok-belok perniagaan.