Selesa, Kualiti Premium, Harga Marhaen, Shuzzlab Tapau Semua! – Manis Madu
Selesa, Kualiti Premium, Harga Marhaen, Shuzzlab Tapau Semua

Selesa, Kualiti Premium, Harga Marhaen, Shuzzlab Tapau Semua!

Penampilan seseorang bukan sahaja dinilai melalui apa yang dipakai atau calitan solekan semata-mata. Penggayaan kasut juga memainkan peranan penting untuk menyerlahkan lagi penampilan seseorang.

Banyak jenama kasut yang terkenal dengan ciri-ciri yang bagus untuk penggayaan di samping memberi keselesaan.

 

Namun, yang menjadi masalahnya bila dah dapat kasut dengan design yang menarik, menggunakan bahan yang premium untuk memberi keselesaan, harganya pula minta ampun! Meh Anis share satu jenama yang memberi jaminan dari segi keselesaan tetapi boleh dimiliki dengan harga marhaen.

 

Untuk pengetahuan Maduners, Shuzzlab merupakan kasut jenama tempatan tau dan apa yang mereka tawarkan adalah kasut dengan kualiti premium dengan inovasi reka bentuk untuk gaya hidup kasual.

Shuzzlab_FB-Cover_20220712

Produk-produk Shuzzlab diperbuat daripada bahan EVA premium yang kualitinya setanding jenama besar lain! Teknologi yang diinovasikan oleh pereka Shuzzlab iaitu SoleProTM yang mencipta tapak yang lebih ringan, melantun dan tahan lama. Memang sedap berjalan dengan kasut ini gaisss!

Shuzzlab_SolePro

Selain itu, sistem kusyen sandal daripada Shuzzlab menggunakan teknologi MaxFoamTM yang mengguna pakai sistem ergonomik. Maduners akan rasai kusyen tapak tengah yang lembut dan selesa selain terdapat tambahan cengkaman yang bercorak padanya. Bahagian atas sandal juga menggunakan kulit tiruan yang lembut dan yang paling penting selesa, tak keras kejung!

Shuzzlab_MaxFoam-SolePro_Smart Textile

Pereka Shuzzlab juga menyediakan 7 pilihan warna yang kebanyakkan warna-warna pastel seperti ungu, merah jambu, baby blue, kuning mustard dan lain-lain. Sesuai sangat untuk gegirl!

Shuzzlab_Model-01
Shuzzlab_Model-02

Part yang paling Anis suka tentang Shuzzlab adalah saiz sandal yang mereka cipta sangat sesuai dengan kaki rakyat Malaysia. Yelah, selalunya kalau beli sandal berjenama yang diimport dari luar negara, selalu ada masalah mengenai saiz kan? Kalau beli tapi tak sesuai, siap ada perkhidmatan pemulangan dan pertukaran dalam masa 14 hari.

 

Semua keistimewaan dalam sepasang kasut yang ditawarkan oleh Shuzzlab ini Maduners boleh dapati dalam lingkungan harga sekitar RM35 hingga RM45 sahaja tau. Memang harga marhaen!

 

Dengan semua kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Shuzzlab, korang masih berkira-kira nak jadi pengguna jenama ini? Tak payah fikir tiga empat kali dah, terus borong jerr!

Post a Comment