Selfie Kiri! Selfie Kanan! 3 Kafe Instagrammable Di Pasar Seni Yang Korang Wajib Pergi! – Manis Madu
3 Kafe Instagrammable Di Pasar Seni Yang Wajib Pergi

Selfie Kiri! Selfie Kanan! 3 Kafe Instagrammable Di Pasar Seni Yang Korang Wajib Pergi!

Takut nak makan dekat Mall sebab Covid-19? Jangan risau, sini Madu kongsikan 5 kafe Instagrammable yang cantik plus makanan pun tip top di Pasar Seni.

 

Untuk pengetahuan korang, kafe-kafe yang Madu suggest ini kesemuanya berdekatan dengan stesen LRT dan MRT.  Haaa..jadi memang senang sangatlah korang nak travel ke sini! Tak perlu susah payah nak cari tempat parking.

1. Luckin Kopi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by L U C K I N K O P I (@luckinkopi) on

Kafe pertama yang korang perlu singgah ialah Luckin Kopi. Konsep kafe ini mengingatkan Madu terhadap kedai Kopitiam, tapi versi campuran moden dan tradisional.

 

Tempat ini memang sesuai untuk korang makan sarapan atau lunch dengan kawan-kawan dan family. Portion makanan dekat sini memang puas hati orang cakap dan paling penting harganya sangat berpatutan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by cre8tone (@cre8tone) on

Menu yang korang patut try di kafe ini ialah 5 States Kopi yang terbahagi kepada Melaka, Ipoh, Kuala Lumpur, Penang dan Johor (P/S: rasa kopi-kopi ini semuanya berbeza ok).

 

Siapa yang memang minat minum kopi kaw-kaw mesti akan sukalah set minuman ini. Memang sedap dan wajib cuba!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hawaii Nguyen • Foodie (@hawaii_wandering) on

Untuk makanan pula.…korang boleh order Salted Egg Chicken. Confirm takkan menyesal! Nampak sedap kan? Kombinasi diantara keranggupan ayam goreng yang disaluti dengan sos salted egg! ~uhhhhhh, sting aku yahoooo!~

 

Alamat: 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

 

Waktu Operasi: 8am – 6pm

2. Merchant’s Lane

 

View this post on Instagram

 

A post shared by |Merchant’s Lane 美真林| (@merchantslane) on

Apa yang  menarik tentang kafe ini ialah konsep interior yang klasik. Dinding lama yang dipenuhi dengan dekorasi bunga berwarna-warni dan kerusi rotan buatan tangan, sudah tentunya akan membuatkan korang berasa seolah-olah berada di restoran vintaj yang romantik. Rasa macam back to the old school pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by |Merchant’s Lane 美真林| (@merchantslane) on

Bagi Madu, kafe ini sangatlah estetik dan sesuai dijadikan tempat bagi Instagram photoshoot. Cantik sangat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by |Merchant’s Lane 美真林| (@merchantslane) on

Tak lupa juga kepada hidangan menu yang mempunyai sentuhan Barat dan Asia yang unik macam Nasi Lemak Pancake. Pelik tapi menarik!

 

Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 11:30am – 10:00pm, Sabtu & Ahad 9:30am – 10:00pm.

3. Mingle Café

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mingle cafe 名乐阁 (@minglecafekl) on

Haa…kalau korang dah penat café-hopping seharian dekat area Pasar Seni, bolehlah singgah Mingle Cafe untuk chill-chill. Konsep kafe ini lebih kurang macam Merchants’ Lane, cuma ianya lebih rustic.

 

Madu suggest korang order kek dan kopi sebagai pencuci mulut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mingle cafe 名乐阁 (@minglecafekl) on

Minuman ini namanya Coffee Ice Cube Latte. Ianya merupakan kopi ais. cuma cara hidangannya lain daripada yang lain. Madu suka sangat cara hidangan kopi ni…korang boleh tuang susu dan gula mengikut sukatan tersendiri. Macam buat experiment tau!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mingle cafe 名乐阁 (@minglecafekl) on

Alamat: 55, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Waktu Operasi: 10 am – 10 pm

Sebenarnya, ada banyak lagi kafe-kafe yang korang patut explore di Kawasan Pasar Seni. Cuma hari ini Madu senaraikan tiga kafe yang terbaik dahulu. Harap korang suka cadangan dari Madu.

 

Jalan-jalan cari makan tapi jangan lupa jaga SOP selalu okay!

 

~Stay safe Maduners~

Post a Comment