Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Semula Mulai 29 November! – Manis Madu
Sempadan Malaysia Singapura Dibuka Semula Mulai 29 November

Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Semula Mulai 29 November!

Malaysia dan Singapura akan membuka semula sempadan bersama kedua-dua negara selepas lebih setahun ditutup, menerusi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) khas antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 November ini, lapor The Star.

Changi Airport

“Memandangkan terdapat progress signifikan dicapai oleh kedua-dua negara dalam memvaksin populasi masing-masing dan menguruskan pandemic Covid-19, Perdana Menteri bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka semula perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara secara progresif, dengan cara yang selamat.

 

“Malaysia dan Singapura akan melancarkan VTL antara KLIA dan Lapangan Terbang Changi bermula 29 November,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.

 

Kedua-dua Perdana Menteri itu mengakui bahawa Covid-19 telah menjejaskan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara dan memisahkan keluarga selama beberapa bulan.

 

Di bawah VTL, pelancong yang lengkap divaksin akan dapat melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia, dan tertakluk kepada ujian Covid-19, tanpa perlu menjalani kuarantin atau Notis Tinggal Di Rumah (SHN).

 

Untuk info tambahan, sempadan kedua-dua negara itu ditutup sejak 18 Mac 2020.

Post a Comment