Senarai Produk Terbaik Bagi KENS Beauty Award 2021! – Manis Madu
Senarai Produk Terbaik Bagi KENS Beauty Award 2021!

Senarai Produk Terbaik Bagi KENS Beauty Award 2021!

Kalau sebelum ini Madu kongsikan top 5 toner eksklusif terdapat di Kens Apothecary, kali ini Madu akan kongsikan pula senarai produk terbaik yang telah memenangi KENS Beauty Award 2021!

Kens Beauty Awards 2021 Winners

Pencuci Muka Terbaik 2021

Caudalie Instant Foaming Cleanser

Caudalie Instant Foaming Cleanser

Caudalie Instant Foaming Cleanser merupakan produk yang sesuai untuk Maduners yang nak ubah rutin penjagaan kulit menjadi lebih bersih dan selamat. 

 

Produk ini diformulasikan dengan 97% hingga 100% bahan semula jadi dan dibungkus dalam plastik 100% yang dapat dikitar semula.

 

Ringkasnya, produk ini bukan sahaja bagus untuk kulit tetapi juga untuk alam sekitar!

Pelembap Terbaik 2021

Ren Glow Daily Vitamin C Gel Cream

Ren Glow Daily Vitamin C Gel Cream

“Illuminate without irritation”!

 

Itulah apa yang ditawarkan oleh produk ini dan itu juga yang diperoleh mereka yang gunakan produk ini.

 

Pelembab gel-krim ringan ini fokus untuk mencerahkan hiperpigmentasi, menghaluskan serta menyegarkan semula kulit.

 

Selain itu, pelembap ini juga berfungsi untuk menghapus semua kesan kerosakan matahari, tona kulit tidak sekata, kulit kusam dan garis-garis halus. Memang love!

Serum Terbaik 2021

Dr Barbara Sturm Hyaluronic Serum

Dr Barbara Sturm Hyaluronic Serum

Menariknya jika terdapat sesuatu produk dengan sentuhan sains di dalamnya maka kita tahu bahawa keberkesanannya mampu mencapai 100% seperti Dr Barbara Sturm’s Hyaluronic Serum. 

 

Diformulasikan untuk melembapkan kulit kering dan juga mengandungi molekul asid hyaluronic sebagai penghidrat dan membuatkan kulit Maduners glowing!

 

Dua sebatian aktif anti-inflammatory dan antioxidant active (Purslane dan Skullcap), mampu untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada kerosakan.

Face Mist Terbaik 2021

Omorovicza Queen of Hungary Mist

Omorovicza Queen of Hungary Mist

Ramuan utama terdapat dalam face mist ini ialah Heor Concentrate yang telah dipatenkan oleh Omorovicza yang mampu membuatkan kulit lebih anjal, lembut dan kelihatan lebih muda.

Mask Muka Terbaik 2021

Eve Lom Moisture Mask

Eve Lom Moisture Mask

Madu tidak hairan jika ramai yang kata mereka tak sabar setiap kali nak pakai Eve Lom Moisture Mask kerana moisture mask ini dapat mengganti kulit kusam dan kering kepada tekstur kulit lebih cerah berseri dan lembap!

 

Hanya dengan satu atau dua kali penggunaan dalam seminggu, Maduners akan dapat kulit yang lembap, segar, halus dan berseri.

Produk Badan Terbaik 2021

Augustinus Bader The Body Cream

Eve Lom Moisture Mask

Bukan sahaja produk-produk penjagaan kulit wajah yang dipertandingkan, kategori seperti produk badan terbaik juga turut dipertandingkan dalam anugerah ini.

 

Untuk kategori ini, Augustinus Bader’s The Body Cream mendapat undian tertinggi! 

 

Antara kebaikan yang terdapat dalam body cream ini ialah ia membantu masalah penuaan. 

 

Dengan kehadiran bahan aktif seperti TFC8® yang dipatenkan, Minyak Candeia Brazil serta shea butter yang terkenal dengan fungsi untuk melembapkan, melembutkan serta menguatkan sel maka, tidak hairanlah produk ini memenangi kategori Produk Badan Terbaik!

Produk Tangan Terbaik 2021

Grown Alchemist Hydra Hand Sanitiser

Grown Alchemist Hydra Hand Sanitiser

Hand sanitiser daripada Grown Alchemist Hydra Hand Sanitiser ini bukan sembarangan hands sanitiser! Ia diformulasikan dengan hyaluronan dan antioksidan untuk membersihkan dan menghidrat kulit secara serta-merta yang mana melindungi tangan daripada kehilangan kelembapan dan penuaan pramatang.

Produk Rambut Terbaik

Rahua Leave In Treatment

Rahua Leave In Treatment

Produk terbaik untuk rambut ini dicipta menggunakan minyak Rahua yang kaya dengan omega-9, rawatan leave-in ini berfungsi sebagai pelindung haba serta melindungi rambut daripada tekanan alat pengering. Jika produk ini diguna pakai di salun kecantikan, dijamin hasilnya akan hebat sepanjang masa.

Wangian Lelaki Terbaik 2021

Frederic Malle Musc Ravageur

Frederic Malle Musc Ravageur

Minyak wangi jenama Frederic Malle Musc Ravageur memiliki aroma campuran bergamot, mandarin, kayu manis, kasturi, amber, vanilla, patchouli dan sandalwood, menghasilkan bau seksi dan misteri buat pemakainya. 

 

Ia juga dinobatkan sebagai minyak wangi paling sensual dalam koleksi Frederic Malle!

Wangian Wanita Terbaik 2021

Goutal Petite Chérie

Goutal Petite Chérie

Tidak dinafikan jika minyak wangi ini memenangi kategori Wangian Terbaik Wanita kerana memiliki seni aroma unik!

 

Petite Chérie mempunyai gabungan bunga mawar, pir, vanila dan kasturi menghasilkan nota bau sensual yet innocent buat si pemakai.

Lilin Terbaik 2021

diptyque Baies

diptyque Baies

Jika Maduners tercari-cari scented candle untuk mengharumkan ruangan rumah korang, di Kens Apothecary Maduners boleh cuba lilin yang memenangi anugerah Lilin Terbaik ini!

 

Scented candle daripada diptyque ini mengandungi campuran buah beri, blackcurrant dan mawar. Maduners boleh bayangkan tak keharuman aroma diptyque Baies ini?

 

Agaknya untuk tahun depan akan berlaku perubahan banyak tak untuk Kens Beauty Award 2022? Sama-sama kita tunggu!

Post a Comment