Sengaja Pilih Busana Tradisional Cina, Pasangan Pengantin Melayu Siap Bawa Tarian Singa Pada Hari Bahagia – Manis Madu

Sengaja Pilih Busana Tradisional Cina, Pasangan Pengantin Melayu Siap Bawa Tarian Singa Pada Hari Bahagia

Majlis perkahwinan merupakan antara hari yang bermakna buat kebanyakan orang. Penyatuan dua insan dalam satu ikatan suci perlu diraikan dengan penuh kasih sayang dalam satu majlis. Tak perlu majlis yang mewah dan gah, cukup sebuah majlis sederhana tetapi penuh makna!

Kalau kita lihat trend sekarang, orang dah tak terlalu mengejar majlis mewah dengan perbelanjaan besar tetapi lebih memilih konsep-konsep unik dan minimalis sebagai tema majlis perkahwinan.

 

Salah satunya, majlis sepasang pengantin berbangsa Melayu dari Tawau, Sabah ini yang berjaya mencuri perhatian warganet kerana mengguna pakai tema perkahwinan yang jarang dibuat orang dan menarik!

Majlis-Perkahwinan-Fyza-dan-Fikri

Melalui hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Persatuan Buddhist Tawau, mempelai yang dikenali sebagai Fyza dan Fikri kelihatan segak menggayakan busana pakaian tradisional bangsa Cina pada hari bahagia mereka. Siap ada tarian singa tau!

pengantin-Melayu-ada-tarian-singa

Meskipun menggayakan pakaian tradisional kaum Cina iaitu tang dan qipao, pasangan itu ternyata masih meneruskan adat perkahwinan Melayu yang mana konsep pelamin dan bersanding masih dikekalkan dalam majlis tersebut.

 

Difahamkan, idea untuk melakukan konsep ini tercetus disebabkan ibu kepada pengantin perempuan mempunyai sedikit darah keturunan Cina manakala pengantin lelaki mempunyai ramai kenalan berbangsa dan suka melihat persembahan tarian singa sejak kecil lagi.

keluarga-pengatin-Fyza-dan-Fikri

Konsep berkenaan juga turut diterima baik oleh kedua pihak keluarga malah ada yang teruja melihat persembahan tarian singa yang boleh disifatkan sebagai satu keunikan apabila diadakan pada sesebuah majlis perkahwinan.

Pihak keluarga mempelai juga menganggap majlis ini sebagai ‘kepelbagaian budaya Malaysia’ yang wajar untuk memupuk semangat keharmonian serta menghapuskan jurang antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Terbaiklah!

Post a Comment