Seorang Lagi Pelakon Glee Ditimpa Kemalangan, Naya Rivera Hilang Dari Radar – Manis Madu
Seorang Lagi Pelakon Glee Ditimpa Kemalangan, Naya Rivera Hilang Dari Radar

Seorang Lagi Pelakon Glee Ditimpa Kemalangan, Naya Rivera Hilang Dari Radar

Dikhuatiri lemas, pelakon Naya Rivera yang hilang dari radar mencetuskan kebimbangan dan menjadi isu tular yang panas di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera) on

Naya Rivera yang merupakan pelakon yang dikenali setelah menjayakan watak Santana Lopez dalam siri muzikal popular iaitu Glee.

 

Madu memang minat dengan Naya Rivera terutamanya lakonan dalam siri Glee, jadi isu ini agak merisaukan hati Madu.

 

Mengikut laporan daripada portal berita CBS, Naya dikhuatiri lemas selepas pihak berkuasa menemui anaknya yang berusia 4 tahun berseorangan dalam sebuah bot sewa di Tasik Piru, California.

Naya_Rivera

Sumber Gambar:  nst.com.my (Photo by Chris Delmas / AFP)

Pihak berkuasa Ventura County yang menemui rakaman CCTV memaklumkan pelakon wanita tersebut menyewa bot pada pukul 1 petang waktu tempatan bagi bersiar bersama anaknya di Tasik Piru.

 

Selepas 3 jam berlalu, sebuah bot lain menemui anak Naya yang berusia 4 tahun berseorangan dalam bot bersama dengan satu jaket keselamatan dewasa yang berada dalam bot tersebut tanpa sebarang kelibat Naya Rivera.

Setelah petugas tasik memaklum hal yang berlaku kepada pihak berkuasa, operasi pencarian telah dilancarkan menggunakan pasukan penyelam, dron dan juga helikopter.

Sebelum kejadian, Naya Rivera ada memuat naik sebuah tweet berserta gambar di laman Twitternya yang menunjukkan dia bersama anaknya sahaja dengan ciapan “just two of us”.

 

Madu harap semuanya berada dalam keadaan baik sahaja dan anaknya yang berusia 4 tahun dapat berjumpa semula dengan Naya Rivera.

Post a Comment