Serendah RM300 Dah Boleh Bercuti Di Pulau-Pulau Tercantik Malaysia! Siapa Tahu Pasal Pulau Tenggol? – Manis Madu
Serendah RM300 Dah Boleh Bercuti Di Pulau-Pulau Tercantik Malaysia

Serendah RM300 Dah Boleh Bercuti Di Pulau-Pulau Tercantik Malaysia! Siapa Tahu Pasal Pulau Tenggol?

Mencari pulau dan pantai yang merupakan antara terindah di dunia? Mestilah semuanya di Malaysia!

Disebabkan sekarang memang ramai yang tengah seronok nak travel secara domestik, Yaya akan kongsikan beberapa pulau dan pantai yang selalu diwar-war dan disebut tentang kecantikannya tapi masih kurang yang tahu tentang pulau-pulau ini!

Pulau Manukan, Sabah

Bajet Percutian: RM500 – RM1,500 (Per individu dan bergantung pada jumlah hari percutian)

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang baru saja dengar tentang Pulau Manukan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah ini. Pemandangan yang mempesonakan di pulau ini memang susah nak jumpa di tempat lain! Lebih-lebih lagi Maduners yang tinggal di kawasan bandar.

 

Aktiviti yang paling disyorkan ialah snorkelling di Pulau Manukan. MySabah juga pernah menyatakan bahawa ramai selebriti daripada Hong Kong  suka ke Pulau Manukan untuk melancong.

Pulau Mantanani, Sabah

Bajet Percutian: RM500 – RM1,800 (Per individu dan bergantung pada jumlah hari percutian)

Sebuah lagi pulau yang berlokasi di Sabah ialah Pulau Mantanani. Bila tengok pemandangan Pulau Mantanani dari video Tiktok ini, rasa macam nak pergi ke Sabah sekarang juga!

Kalau di Pulau Manukan boleh buat aktiviti snorkelling, di Pulau Mantanani ini kita boleh belajar menyelam ke dasar laut. Kalau pergi menyelam di sini, boleh lihat ikan pari dan kuda laut secara live sehari! Kalau tengok di Instagram @mantananidivers , Pakej Mantanani Day Trip berharga RM290, lengkap dengan makanan sekali tau. Tunggu apa lagi, jom kita tempah sesi menyelam sekarang!

Pulau Rawa, Johor

Bajet Percutian: RM300 – RM800 (Per individu dan bergantung pada jumlah hari percutian)

Sekali pandang, nampak macam pantai di overseas, dua tiga kali pandang, rupanya di Malaysia! Angin pun bersepoi-sepoi bahasa, air laut yang jernih, sungguh breathtaking!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by pulaurawa (@pulaurawa) on

Yaya baru sahaja discover yang Pulau Rawa yang terletak di Johor ini ada gelongsor! Nampak seronok, macam taman tema air. Bukan biasa-biasa niii!

Pulau Tiga, Kota Kinabalu

Bajet Percutian: RM500 – RM1,500 (Per individu dan bergantung pada jumlah hari percutian)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nobuuu (@nobuuu1113) on

Haa, Sabah pun ada pulau yang cantik dan bersih! Setanding dengan pulau-pulau yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 鋇鋇🐬 (@bei_jhu_) on

Menurut Culture Trip, Pulau Tiga merupakan tempat bersantai yang terbaik dengan aktiviti berendam dalam lumpur.

 

Kalau Maduners nak tahu, berendam dalam lumpur bermanfaat untuk kulit kerana lumpur boleh menjadi terapi untuk kulit, otot, sendi dan minda seperti yang dinyatakan oleh Piedmont Healthcare. Girls, inilah tempat yang paling syok untuk relax!

Pulau Tenggol, Terengganu

Bajet Percutian: RM500 – RM1,200 (Per individu dan bergantung pada jumlah hari percutian)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by عبد الرحمن (@manamann) on

Look at that! Indahnya pemandangan di Pulau Tenggol!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by bakizainal 巴麒 (@bakizainal) on

Antara tempat penginapan yang popular di Pulau Tenggol ialah Tenggol Coral Beach Resort. Dengan harga tidak melebihi RM1000, Maduners boleh stay di chalet yang selesa serta berpeluang untuk melakukan satu sesi snorkelling dalam masa 2 hari, 1 malam pada hujung minggu.

Destinasi percutian di Malaysia kebanyakannya sangat underrated! Kepada Maduners yang sedang mencari pulau yang paling bersesuaian untuk dilawati, bolehlah ikut yang Yaya dah suggest ini!

Post a Comment