Serum Vitamin C Bantu Wajah Jadi Flawless, Senarai Serum Terbaik Untuk Anda! – Manis Madu
Serum

Serum Vitamin C Bantu Wajah Jadi Flawless, Senarai Serum Terbaik Untuk Anda!

Selain dari penjagaan asas seperti mencuci dan melembapkan kulit wajah, Maduners tahu tak  serum yang mengandungi vitamin C antara salah satu agen yang dapat membantu wajah lebih cerah dan sihat?

 

Vitamin C dapat menyalurkan kebaikan pencerahan kepada kulit kerana vitamin C mengandungi asid Ascorbic yang membantu mencerahkan masalah pigmentasi dan parut. 

 

Bukan itu sahaja, serum vitamin C juga menggalakkan pengeluaran kolagen yang membantu wajah menjadi lebih tegang dan anjal serta dapat merawat hingga ke lapisan kulit yang paling dalam.

 

Tidak dinafikan, serum Vitamin C sangat popular sebab ia dikatakan dapat menangani masalah tona tidak sekata, kulit kusam, parut jerawat dan jeragat.

 

Jadi,  jom kita tengok antara 7 senarai serum vitamin C yang terbaik mengikut kesesuaian anda!

#SkinCeuticals

SkinCeuticals

Bagi Maduners yang mencari serum untuk  anti-penuaan, SkinCeuticals ini sangat disarankan untuk Maduners cuba bagi mendapatkan kulit yang lebih tegang dan berseri. 

 

Gabungan vitamin C dan asid ferulik dapat meningkatkan perlindungan kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

 

Untuk mendapatkan hasil yang baik, anda perlu konsisten untuk pakai serum mengikut waktu yang betul, barulah kulit boleh kembali bersinar.

#Loreal Paris Pure Vitamin C Serum

Loreal Paris Pure Vitamin C Serum

Jenama Loreal Paris memang tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Produknya yang berkualiti dan memuaskan menjadi penyebab jenama ini menjadi pilihan.

 

Dengan memiliki 10 peratus asid hyaluronik, ia mampu mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan serta bebas wangian. 

 

Ahli dermatologi juga mengesahkan produk ini adalah selamat dan bagus untuk digunakan.

#Beautystat Universal C Skin Refiner

Beautystat Universal C Skin Refiner

Universal C Skin Refiner ini diperkaya dengan Epigallocatechin Gallate ( EGCG) yang merupakan komponen aktif dari teh hijau yang bekerjasama dengan Vitamin C untuk perlindungan anti-penuaan yang kuat.

 

Dua bahan utama ini bekerjasama untuk meningkatkan kolagen, menenangkan kulit yang meradang dan mencerahkan serta meratakan warna kulit. 

 

Semua bahan tersebut akan buat kulit Maduners lebih segar, berseri, dan sihat!

#Neutrogena Rapid Tone Repair Vitamin C Serum

Neutrogena Rapid Tone Repair Vitamin C Serum

Untuk serum dari Neutrogena ini agak unik sedikit dan berbeza dari jenama serum yang lain sebab ia didatangkan dalam bentuk kapsul.

 

Setiap kapsul serum mengandungi 20% Vitamin C untuk mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam dan tanda-tanda awal penuaan kulit.

 

Serum ini juga bebas minyak dan tidak akan menyumbatkan pori-pori korang apabila memakainya.

 

Cara nak pakai serum ini pun mudah sahaja. Maduners hanya perlu ambil satu kapsul, picit dan sapu rata di seluruh bahagian muka.

#Olehenriksen Truth Serum

Olehenriksen Truth Serum

Truth Serum adalah multivitamin harian untuk kulit dengan True-C Complex dan diserlahkan dengan kolagen, serum anti-penuaan yang kuat serta membantu untuk sekatakan kulit. 

 

Serum ini mampu memberi kelembapan sepanjang hari kerana mengandungi ekstrak teh hijau dan oren.

 

Kebiasaanya pengguna serum Truth ini akan menggunakannya pada waktu pagi terutamanya sebelum bersolek.

#Cerave Serum with Hyaluronic Acid

Cerave Serum with Hyaluronic acid

Serum Cerave yang dicipta dengan vitamin ini juga mengandungi ceramides. Seperti yang Maduners tahu ceramides sangat bagus dalam membentuk lapisan kulit paling luar atau epidermis hingga 50%. 

 

Jadi, kalau kulit muka anda  jenis selalu breakout, serum dari Cerave ini sangat sesuai untuk bantu membaiki balik kulit yang rosak.

#Tatcha Violet-C Brightening Serum

Tatcha Violet-C Brightening Serum

Vitamin C yang terkandung di dalam serum Tatcha ini disokong oleh asid AHA sebanyak 10%  untuk membantu proses pengelupasan secara selamat.

 

Serum semula jadi ini dapat meningkatkan hasil kulit yang lebih cerah dan bersinar.

 

Bentuk dan warna botol yang eksklusif juga antara salah satu daya penarik untuk anda dapatkan serum Tatcha Violet ini selain dari fungsinya yang menakjubkan.

 

Jadi, kalau Maduners nak dapatkan kulit yang lebih licin, anjal dan berseri kenalah rajin apply serum!

 

Sumber Gambar: Harper Bazaar

Post a Comment