Setelah 10 Tahun Menanti, Zaskia Sungkar & Irwansyah Timang Anak Lelaki – Manis Madu
Setelah 10 Tahun Menanti, Zaskia Sungkar Dan Irwansyah Timang Anak Lelaki

Setelah 10 Tahun Menanti, Zaskia Sungkar & Irwansyah Timang Anak Lelaki

Setelah 10 tahun penantian, pasangan selebriti Zaskia Sungkar dan Irwansyah akhirnya menyambut cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan di Jakarta.

 

Berita bahagia itu dikongsikan sendiri oleh mereka berdua di laman Instagram masing-masing menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaskia Sungkar (@zaskiasungkar15)

Menerusi hantaran berkenaan, mereka turut mendedahkan nama anak lelaki mereka iaitu Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan dengan berat mencecah 3.4 kilogram.

 

Difahamkan Zaskia atau nama sebenarnya Zaskia Rachma Sungkar, telah selamat melahirkan anaknya menerusi kaedah pembedahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15)

“Assalamualaikum anak solehku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak yang baik. Terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini.

 

“Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan sokongan kalian semua dengan kebaikan dan keberkatan,” tulisnya.

 

Pasangan ini melakukan rawatan kesuburan iaitu kaedah bayi tabung uji. Pelbagai usaha dan proses telah dilalui sebelum mereka akhirnya bergelar ibu bapa. Tahniah buat Zaskia dan Irwansyah!

 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

Post a Comment