Shima Anuar Positif Covid-19, Minta Semua Yang Menemuinya Minggu Lepas Untuk Lakukan Swab Test
Shima Anuar Positif Covid-19

Shima Anuar Positif Covid-19, Minta Semua Yang Menemuinya Minggu Lepas Untuk Lakukan Swab Test

Kita dikejutkan dengan berita sedih yang menimpa pelakon Shima Anuar yang dikhabarkan positive Covid-19 pada Sabtu lepas.

Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar, 29 yang tidak mempunyai contact rapat dengan mana-mana pesakit yang berkongsi kisah duka itu melalui Instagram-nya.

“This really breaks my heart. Saya tak ada kontak rapat dengan siapa-siapa yang kena Covid”.

 

“Buat swab test sebab hari Jumaat baru-baru ini, tiba-tiba rasa susah nak nafas dan sakit kepala.

 

“Bagitahu suami saya, dia kata mungkin sebab saya tak makan lagi dan perut masuk angin. Selepas makan, semua dah OK lah”.

 

“Tapi saya saya bagitahu suami nak buat juga swab test sebagai langkah berjaga-jaga sebab kes makin hari makin banyak dan berlaku di mana sahaja,” jelasnya.

 

Shima yang dikenali dalam filem Highland Tower itu membuat swab test dan mengetahui dirinya positif pada hari Sabtu sebelum membuat kenyataan pada Ahad.

 

Sejurus mendapat keputusan itu, Mohd Solih Toha iaitu suami Shima dan anaknya Marian Sophia dan Mikhael turut membuat swab test. Keputusan dari ujian itu suaminya disahkan negative, manakala anak-anaknya masih menunggu keputusan.

 

“Tak tahu nak gambarkan perasaan ini macamana. Dalam kepala fikir anak saja sekarang ni”.

 

“Diorang semua dah pegi test pagi tadi (Isnin). Harap anak-anak saya selamat daripada Covid. Doakan kami,” kata ibu kepada dua anak itu lagi.

 

Shima yang sedang bersedih dengan ujian menimpa dirinya itu meminta agar sesiapa yang berurusan dengannya pada minggu lalu membuat swab test dengan segera.

 

“Sekarang saya tengah tunggu KKM hubungi saya, tapi dari semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah and tak keluar pun,” jelasnya.

Post a Comment