Shopping Barang Dapur Di Kedai Acheh, Adira Tuai Pujian Netizen! – Manis Madu
Shopping Barang Dapur Di Kedai Acheh, Adira Tuai Pujian Netizen!

Shopping Barang Dapur Di Kedai Acheh, Adira Tuai Pujian Netizen!

Penyanyi Adira Suhaimi baru-baru ini berkongsi satu hantaran video di laman Instagram peribadinya yang memaparkan dirinya sedang membeli barangan dapur di sebuah kedai runcit.

 

Meskipun berkemampuan untuk membeli belah di pasaraya besar, terkenal dan lebih selesa, namun Adira yang kini sedang sarat hamil anak keempatnya dilihat tidak kekok membeli belah di kedai runcit kecil itu malah turut menggelarkan tempat itu sebagai tempat kegemarannya.

Platun lagu Ombak Rindu itu lebih memilih β€˜kedai Acheh’ sebagai tempat kegemaran untuk membeli barang dapur seperti barang mentah, makanan kering dan lain-lain.

Melihat di ruangan komen, hantaran itu mengundang pelbagai reaksi termasuk ada yang terkejut melihat perubahan badan penyanyi berkenaan yang kelihatan β€˜baby bump’ yang semakin menonjol.

 

Tidak kurang juga yang memuji tindakan Adira yang membeli belah di kedai runcit sebagai tanda menyokong perniagaan kecil dan pengusaha tempatan.

 

β€œKak adira mengandung ke rupanya”

β€œSteady Adira pegi beli kedai runcit, Jaya Grocer who?? Hidup kedai runcit, support local,”

 

Kalau dah selesa dengan satu tempat, memang ke situ jerr lah ditujunya. yang penting selesa!

Post a Comment