Shopping Mall Terbakar, Pengunjung Panik! – Manis Madu
Shopping Mall Terbakar, Pengunjung Panik!

Shopping Mall Terbakar, Pengunjung Panik!

Salah satu pusat membeli-belah terbesar di Surabaya City, Tunjungan Plaza (TP) di Jalan Basuki Rahmat, terbakar petang semalam lapor, Suara.com.

 

Video pusat membeli belah yang mengalami kebakaran tersebut telah tular secara meluas di media sosial. Seorang netizen @sdhmlm_ikanbobo telah memuat naik ini di akaunnya.

“Tunjungan Plaza Surabaya kebakaran…berasa macam di filem-filem tau bangunan sebesar ini terbakar. Semoga tidak ada mangsa,” tulisnya pemilik akaun itu.

 

Dalam video berkenaan, dipaparkan bangunan pusat beli belah yang terbakar dengan teruk dan api dari dalam juga melimpah ke luar.

 

Kebakaran itu juga mencetuskan panik di kalangan pengunjung dan penduduk di sekitar pusat membeli-belah itu.

 

Sehingga berita ini didedahkan, pengurusan pusat beli belah itu masih tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan terkait kebakaran tersebut.

Post a Comment