Si Oyen Terkejut Tengok Tom & Jerry, Lari Tak Cukup Tanah! – Manis Madu
Si Oyen Tonton Tom & Jerry Terkejut Lari Sampai Tak Cukup Tanah

Si Oyen Terkejut Tengok Tom & Jerry, Lari Tak Cukup Tanah!

Siapa sahaja yang tak kenal siri animasi yang popular Tom & Jerry? 

 

Cerita yang berkisahkan seekor kucing dan tikus kecil yang sering bergaduh apabila bertemu ini pastinya menjadi tarikan dan kegemaran kanak-kanak mahupun dewasa.

 

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seekor kucing oren sedang menonton  kartun Tom & Jerry. 

 

Namun, siapa yang menyangka apabila salah satu babak di dalam animasi itu telah memeranjatkan si oyen sehingga menyebabkan si oyen lari tak cukup tanah.

@irwanoneeLintang pukang si comel ni lari… Sian dia hehehe #fyp #kucingtiktok #kucinglucu

♬ bunyi asal – Irwan Onee – Irwan Oney

Video lucu yang dimuat naik oleh @irwanonee di Laman TikToknya itu telah mendapat perhatian pengguna TikTok yang lain.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat geli hati melihat telatah spontan si comel dan memberikan reaksi yang pelbagai.

 

“Lari tak cukup tanah, hahaha licin sangat lantai tu” – @angkoljipunz28.

 

“Siapa yang kena hempuk tah” – @ferhxnkechik.

 

“omg! Even during shock..his so cute” -@zalina_lina.

 

“apahal pula dia yang terkejut” – @jebatbatista.

 

Video yang dimuat naik di TikTok itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 440.2 Juta dan 856 komen.

Post a Comment